Tuesday, November 22, 2011

REBLOG : 15 ayat cinta paling hot


 nak bg tips kat si lelaki yang takde idea nak pikat pompuan..ni hah kata-kata yang bisa membuat hati perempuan cair...manfaatkanlah...

1..Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2..Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

3..Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih dengan kurniaan itu.

4..Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

5..Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti kamu pasti akan teringat-ingatnya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

6..Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

7..Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

8..Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9..kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

10..Cinta ibarat pasu antik ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai.

11..cinta tidak sebenarnya buta. cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12..kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13..setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tetapi tidak semua mampu mengecapi bahagia.

14..cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15..Manusia tidak jatuh ke dalam cinta dan tidak juga keluar dari cinta. Tetapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta.

No comments:

Post a Comment