Saturday, August 2, 2014

Medan Trip 4H3M (30/7/2014 to 2/8/2014)

Alhamdulillah.

International Trip ke-2 tahun ini ialah ke Medan, Indonesia!

Ini just ringkasan serba-sedikit tentang trip kami ke Medan, Indonesia pada cuti Syawal ini. Semuanya saya yang merancang sendiri dengan buat study through other blogs and plan itinerary sendiri without pakai tour guide. Sebabnya... prefer itinerary sendiri sebab kita boleh berjalan ikut suka and tak payah ikut tour group. Driver pon ditempah sendiri. Keburukannya, kalau tak plan elok-elok, masa terbuang macam tu saja la. So, after buat study, reference inilah hasilnya. Berjalan sendiri ja. Kalau pakai tour guide, mahal sedikit la belanja dia. :) depends la. Nak pakai tour guide or berjalan sendiri. Senang ja, buat research sket-sket, curi-curi idea dari tour guide. Siap! Ok, jom ke Medan!

Tarikh : 30/7/2014 - 2/8/2014 (4H3M)

Tiket : Tiket adalah dari Penang- Medan

  • Air Asia (RM 1416  - untuk 5 org)
  • Tiket termasuk luggage check in ke Medan (20kgs) dan dari Medan (40kgs)
  • Tiket termasuk standard seat (selected seat- at RM 6/each- so total RM 12/person/2way)
  • Without luggage check in and without selected seat - only RM1220/5 person)
  • Total seorang : RM 280++ (oleh sebab cuti raya, mahal sket, boleh dapat murah lagi ni)
Hotels : Hotel semua ditempah melalui Agoda. com. Oleh sebab 5 org, so kami kena la tempah 2 bilik setiap hotel. Perbelanjaan kat hotel agak banyak sebab kena tempah 2 bilik sekaligus sebab takmau ada masalah nanti. Dah la bilik hotel kat parapat semua dah habis. Entah macam mana la penginapan kami dekat Hotel Parapat nanti. Harap-harap bersih and menepati citarasa.

Day 1 : Bermalam di Parapat - 30/7/2014 : Hotel Parapat View (not recommended at all!) Ni booking sbb no other choice, all are fully booked! Menyesal, tapi sbb dah booking kan....what can i do more

Day 2 : Bermalam di Berastagi - 31/7/2014 : Mikie Holiday Resort, serious highly recommended! 4.5 star. bilik connecting rooms, besar gila. ours was so big, facing the pool, and the weather was like 20deg. sejuk ok! menggigil aku.

Day 3 : Bermalam di Medan : 1/8/2014 : Swiss-Belinn Medan, ok la 3 stars. Tak se-excited macam mikie holiday resort tu, hehe. So far, yg ni ok. Janji bersih.

Day 4 : Balik Penang.

Driver + Kereta Sewa : Boleh contact Mr Rinjani Simamora (medanview@gmail.com)
4 hari for RM 650 only (mgkin boleh nego lagi, but this is the best price he gave me.)

HOTEL

1127.66 untuk 3 malam - 3 hotel yang ditempah ( setiap hotel 2 bilik)

total tempahan 3 malam dan 6 bilik

Average satu malam RM 188/bilik/malam.

Total harga di atas termasuk tax yang dicharge kat agoda.com

TOTAL Perbelanjaan Whole Trip

Hotel + Tiket Flight + Driver + Kereta Sewa = RM 3200 (5 orang total)

Actually bg aku tiket flight and hotel leh dapat lagi murah sebab aku pergi peak season, time raya. Banyak boleh saving ni kalau pi time bukan peak season.

Ada pertanyaan apa-apa boleh drop kat comment box kat bawah ni. Thanks!



Entry Trip ke Medan, Indonesia yang lain-lain boleh klik link kat bawah ni;

Boleh tengok blogpost aku yang lain :

1.Medan Trip Indonesia
2.Itinerari Trip ke Medan 4H3M
3.Medan Trip Day 1 : Parapat
4.Medan Trip Day 2 : Parapat -- Berastagi
5.Medan Trip Day 3 : Berastagi



3 comments:

  1. Terimakasih banyak-banyak. Suka baca blog awak ni, banyak info sebab kebanyakan orang cuma ikut pakej je.

    ReplyDelete

  2. بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

    Hai hai hai
    Mana andika medan....
    Mana andika medan....
    Mana andika Medan ....
    Tak usah lagi cari saya?? sebab saya sudah disini.. Haha

    *PAKEJ MELANCONG MEDAN, LAKE TOBA, BERASTAGI*

    NAK CARI PAKEJ MEDAN YANG SANGAT TERMURAH DAN BERBALOI..
    NAK CARI PAKEJ MEDAN YANG SANGAT TERPECAYA UNTUK KESESUAIAN HATI..
    NAK CARI PAKEJ MEDAN YANG SANGAT TERBAIK SERTA KEPUASAN HATI..
    BOLEH LIHAT TESTIMONI SAYA WASAP SEGERA

    *📣📣📣📣📣📣MENAKJUBKAN 📣📣📣📣📣📣
    HANYA DISINI ANDA AKAN MENDAPATKAN GIFT
    Ada 2 macam gift
    1 gift di bagi semasa perjalanan
    1 lagi gift untuk bawak balik malaysia..
    Kedua nya boleh di dapat kan bila saudara sudah comfrim

    DAPATKAN HARGA KHUSUS INI, ANDA JIMAT
    *RM30.00/orang ✈✈✈✈✈✈✈✈*

    +6282274123701
    instagram : pakej melancong medan
    Page: pakej melancong medan
    Facebook :andika pekej medan berbaloi

    ReplyDelete