Thursday, October 28, 2010

kesabaran

tiba2 aku teringat akan satu post kat fb yang kawan aku tagged kat aku..so aku nak post kat sini gak..

ALLAH kata tunggu. Sebab Dia nak bagi yang lebih baik.yang lebih baik itu selalunya lambat sampai. dan yang lambat itu selalunya terbaik. dan kalau kita tunggu sehingga sampai masa yang telah ditentukan, kita akan lebih menghargai. sebab itu ALLAH kata jangan gopoh. kadang-kadang, ALLAH tak bagi apa yang kita minta.. Biarpun kita minta sepenuh hati. Biarpun kita minta macam esok tiada lagi. Menangis menangis meminta itu ini. bukan sebab Dia tak mahu. bukan sebab Dia tak nak tunaikan.jauh sekali Dia tak sayang. tapi Dia tahu, apa yang kita minta itu bukan semestinya membahagiakan. jadi... jangan bersedih kalau apa yang kita nak kita tak dapat. jangan buruk sangka kalau apa yang kita minta semua tak jadi. sebab Dia tahu,akan datang masa terbaik untuk Dia makbulkan doa kita tu. ALLAH kata sabar. Bukan sebab Dia sengaja main-mainkan kita. Tapi... Sebab Dia nak kita tahu, sabar itu besar ganjarannya.Jadi kawan-kawan didiklah hati pujuklah hati supaya celik melihat kasih sayang ALLAH.

so, aku akan bersabar dan terus bersabar. kerana org yg bersbar itu besar ganjarannya. amin

No comments:

Post a Comment