Monday, February 23, 2015

Percutian/Pengalaman di GrandLexis Port Dickson

Apa yang aku nak tulis tentang grand lexis port dickson ni eh? Apa yang aku boleh cakap percutian di grand lexis was awesome. Dengan kawan-kawan yang happening, satu kepala lagi gila-gila. Memang best lah. Awesome baq hang! Grandlexis PD ni ada private pool dalam bilik. Hepi sangat oi! Lexis PD ada dua, satu grand lexis PD, lagi satu LEXIS Pd. Yang ada private pool tu is Grand Lexis PD. Grand Lexis PD!

Aku booking through Hotels.com. Aku dapat price RM 649.60 satu malam. Price yang ni paling murah compare dengan agoda/booking.com and website GrandLexis sendiri. Kat bawah ni harga semasa kat hotels.com. Boleh tengok dekat hotels.com.


























Aku booking garden pool villa. Kat GrandLexis ni ada lower unit pool dengan upper unit pool. Lower unit pool (pool berbumbung penuh), so orang tak nampak kita tengah berenang-renang and tak panas. Upper Unit pool (pool terbukak) orang nampak and panas (boleh sunburn), haha. So sebelum nak pi, aku pon telefon la grandlexis untuk request for lower unit villa. So, settle. Dengan harapan dapat pool yang tertutup dalam bilik. Hehe..

P/S : Waktu check in yang sepatutnya ialah jam 4 petang dan check out jam 12 tengahari. Untuk yang nak check in awal tu, boleh request check in awal tetapi dengan syarat bilik dorg dah siap kemas.

Mula ingat nak check in awai, dah siap tanya dah. Las-las check in jam 4 petang jugak. Heh...

Masa nak check in, deposit RM 100 (standard), and kitorg bayar as apa yang dibeli di hotels.com. No other charges. Masa check in, " Maaf Miss, our garden pool villa dah full (cuak tak, cuak tak)", hehh... Dah booking siap bagai, tiba-tiba full pulak kan. Hotel ni full wey. "So, we upgrade your room to Premium Pool Villa (above the sea)", (hepi tak, hepi tak). Dapat upgrade pulak tu. No charges. Dah naik buggy ride sampai depan pintu bilik, wow, melompat. Bilik agak besar with private pool! Excited kat private pool tu ja. Hahaha. Bilik tak mau tengok. TAPIII, pool dia open, (half open), bumbung terbuka. Orang yang dok apartment atas, leh nampak kami dok mandi manda. Tak syok la.

After discuss, kami decide nak request for closed pool. So, kawan aku telefon receptionist and inform. Sebab kami dah telefon request untuk closed pool sebelum kami check in lagi, so kami berhak untuk mintak closed pool kan..... "wait for a moment miss, we'll check a room for you", dah cuak sebab kena charge ker mintak room upgrade ni!! ermmm... after 5 min dia pon call balik, "miss, we'll upgrade your room to Grand Garden Pool Villa (mohon tengok kat website dia sekarang), hahahahhaha, bilik ni harga dia RM 800++ . Dalam telefon dia xde cakap pasal extra charges pon! Agak cuak, jika dia charge masa nak check out nanti.

Cuak tu pikir kemudian la, jom kita enjoy dulu.

Dah check out, " miss, did u take anything from the fridge", "No". Ok, so dia pon return deposit aku and kami balik! No extra charges untuk bilik yang kami minta tu!! Service memang tip top la. 5 star for your service. Bila minta extra towels, within few minutes, dia dah hantar sampai depan bilik dah. :)

Sementara tu, tengah ada offer Grand Lexis PD kat groupon ni haa. Groupon Offer Grand Lexis PD











No comments:

Post a Comment