Sunday, July 4, 2010

REBLOG:15 ayat cinta paling HOT!!!!

 nak bg tips kat si lelaki yang xdak idea nak pikat pompuan..ni hah kata2 yang bisa membuat hati pompuan cair...manfaatkanlah...

1..Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2..Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

3..Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih dengan kurniaan itu.

4..Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

5..Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti kamu pasti akan teringat-ingatnya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

6..Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

7..Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

8..Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9..kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

10..Cinta ibarat pasu antik ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai.

11..cinta tidak sebenarnya buta. cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12..kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13..setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tetapi tidak semua mampu mengecapi bahagia.

14..cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15..Manusia tidak jatuh ke dalam cinta dan tidak juga keluar dari cinta. Tetapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta.

Friday, July 2, 2010

cinta itu membunuh : tikaman cinta tidak dibalas....

tadi pg rf baca paper.terpandang satu artikel menarik ni...cinta sampai sanggup membunuh skali...dasyatnya penangan cinta sampai sanggup membunuh orang yang kita syg...ini dah bukan sayang ni....haish...kejadian ni berlaku kat pulau pinang. tapi perempuan yang ditikam di leher dan badan tuh cedera parah dan dah dikejarkan ke hospital. juga dikatakan yang perempuan itu sekarang keadaannya stabil.syukur.teman lelakinya pula terjun laut kat padang kota lama. body dia tak jumpa lagi...rf rasa orang mcam ni sgtla pendek akalnya...masih byk lagi cara untuk menyelesaikan masalah selain daripada membunuh, bunuh diri la segala..rf pesan byk2 la muhasabah diri ya....jom kita ikuti berita selanjutnya.

sumber dari http://www.kosmo.com.my/



ni lah keadaan kereta yang terbabas kat greenhall padang kota lama setelah lelaki itu menemui jalan mati
GEORGE TOWN - Ibarat babak filem apabila seorang lelaki yang tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak bertindak di luar dugaan apabila menikam kepala dan leher bekas teman wanitanya sebelum terjun ke laut dalam kejadian di Jalan Green Hall di sini semalam.

Kejadian pukul 2 petang itu menyebabkan orang ramai yang berada di sekitar Jalan Ayer Itam berhampiran Masjid Negeri, Lorong Pasar, Jalan Dato' Keramat dan Jalan Green Hall dekat Mahkamah Tinggi menjadi gempar.

Apa tidaknya, selepas bertengkar dengan mangsa yang dipercayai enggan menyambung kembali percintaan dengannya, suspek bersenjatakan pisau disyaki telah menikam kepala dan leher gadis berusia 21 tahun tersebut sebelum meninggalkannya di tepi Jalan Ayer Itam dekat Masjid Negeri.

Ketika kejadian, kedua-dua mereka berada dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Suzuki Vitara.

Thursday, July 1, 2010

7 tanda anda wanita bertuah

wow..besnya kalo jadik wanita bertuah...menjadi idaman lelaki.tambahan pula kalau lelaki yang mahukan wanita itu menjadi kegilaan ramai wanita disebabkan ketampanan, kekayaan dan sikap yang dimilikinya.jom kita tgok adakah kamu ni wanita idaman lelaki?
rf rasa 7 tanda ni lebih sesuai untuk wanita yang BARU berkahwin...hehe

1. dia sanggup menunggu
walaupun korang lambat dia sanggup tunggu..wah hebatnya kamu!ada lagi lelaki seperti itu zaman ini...lelaki yang sanggup menunggu.rf harap ada la.....

2. dia tunjukkan tanda lahir di tubuhnya
membuka satu rahsia dalam hidup bukanlah mudah kalau seseorang itu tidak isimewa di hatinya. tapi kalo nak tunjukkan tanda lahir tuh biarla selepas kahwin lebih elok..kalo nak tunjuk pon rf pesan biarla terbatas

3. berkongsi rahsia peribadi
berkongsi rahsia peribadi membuatkan anda seseorang yang sangat istimewa dalam hidup si dia

4. dia menjadikan anda tempat rujukan
sebenarnya bukan mudah untuk seseorang lelaki bercerita tentang masalah mereka.mereka lebih senang bercerita dengan kaum sejenis mereka. sekiranya dia sudah menjadikan anda tempat rujukan beerti kamu adalah wanita yang paling bertuah kerana kamu merupakan orang yang paling istimewa di hatinya pada saat ini.

5. dia membuat lirikan mata
setiap kali kamu berbual dengan si dia, lirikan matanya memberikan satu tanda seperti menyenangi anda. dia akan memberikan sepenuh tumpuan pada apa yang kamu ceritakan. malah dia juga mahu dianggap lelaki romantis di hadapan kamu.wah bahagianya kalau kamu wanita yang bertuah itu....

6. dia menghargai
dia sangat menghargai anda, mengambil berat tentang anda. malah dia sanggup berkorban apa sahaja untuk anda. ini bermakna anda sangat istimewa dalam hidup si dia

7. dia belikan anda minuman
sememangnya kamu lah wanita yang sangat istimewa dan paling bahagia di saat dia mengambil berat terhadap kamu..mengambil berat tentang soal makan dan minum kamu. setiap pagi, ada sahaja yang dihidangkan kepada anda..roti bakar,milo panas, nasi lemak dan sebagainya. anda mmg layak menjadi gadis idamannya.

CINTA VS SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang....
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.....

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa-apa sahaja

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan diri kita yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cintai...
Tetapi kita boleh selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira..

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...

Di depan orang kita cinta, kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang si dia akan tergores...
Di depan orang yang kita suka kita terlalu mudah untuk berterus terang kerana kita yakin terus terang itu lebih baik untuk menjaga keharmonian perhubungan kamu dan si dia...

Perasaan cinta bermula dari mata...
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka.. Umpamakita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba untuk menutup mata, cinta berbuah menjadi air mata..

Suami Curang?? 5 perkara yang perlu dilakukan...

di sini rf nak letak cara2 nak tangani suami curang. harap2 bergunalah pada kaum2 makcik2, wanita2, puan2, datin2 dan dsb.

1. Cuba tenangkan diri

rf confem korang mesti bengangkan bila dengar yang suami curang. Marah, sedih,
malu, macam-macam la korang rasa kan. Tapi sebelum tu, cubalah untuk menenangkan
diri. Jangan terlalu emosi sangat sebaliknya fikirkan keluarga korang yang
terlibat dengan keadaan ini. Fikirkan tindakan yang baik untuk bercakap dengan
suami dan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, kamu juga harus
menilai tindakan tersebut terhadap keluarga kamu dan juga diri kamu dan juga
suami kamu. Selain itu, kamu juga boleh mendapatkan khidmat kaunselor untuk
berbincang masalah kamu.

2. Dialog dengan diri

Cuba berdialog dengan diri sendiri tatkala kamu mahu menyelesaikan masalah ini.
Adakah kemungkinan untuk kamu memaafkan suami kamu atau mahu meneruskan kembali
perhubungan. jika masih terlalu sayangkan suami cuba pertimbangkan bagaimana kamu
mahu menyelesaikan masalah dan bagaimana kamu mengendalikan emosi kamu. kamu juga
harus bercakap dan bertindak mengikut akal fikiran yang waras. kamu juga harus
bersedia dengan apa saja kemungkinan dan faham bahawa apa yang kamu hadapi semua
ini bukannya sesuatu yang mudah.

3. Berhadapan dengan suami

bila emosi kamu dah stabil, fikiran pun dah kembali tenang barulah membicarakan
tentang hal ini dengan suami kamu. walaupun anda seharusnya marah dengan
kecurangan suami kamu, berikan suami kamu peluang untuk bercakap. Biarkan dia
mengungkap segala kekecewaan dan memohon kemaafan dari kamu. setelah itu, barulah
kamu meluahkan segala yang terbuku di hati kamu. memang sangat kita ketahui,
wanita akan menjadi cukup lemah bila menerima kejutan sebegini. perasaan
dikhianati, hilang kepercayaan dan kejujuran akan membuatkan diri tak mampu
berhadapan dengan pasangannya itu.

4. Luahkan pada orang yang betul

Sewaktu berhadapan dengan situasi kecurangan suami, biasanya kaum wanita akan
bertindak tak keruan serta tersilap langkah dalam menangani situasi. kaum wanita
akan bercerita dan meluahkan rasa emosi mereka dengan orang lain bukannya suami.
tapi ini masalah kamu dan suami dan bukannya masalah orang lain. seharusnya kamu
menyelesaikannya dengan suami kamu bukannya orang lain. Namun begitu, sesetengah
nasihat yang diberi kawan sekiranya berniat baik boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah kamu dengan suami. sekiranya ia tidak sesuai, kamu boleh
abaikan saja nasihat tersebut.

5. Kawal rasa ingin tahu

Kebiasaannya, wanita yang menghadapi masalah kecurangan suami tidak dapat
mengelak dari sifat ingin tahu lebih-lebih yang berkaitan dengan dirinya. tapi
untuk kepentingan diri sendiri adalah dinasihatkan supaya tindakan ini tidak
dibuat. ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. apa yang perlu kamu
adalah kenapa suami berbuat begitu dan sedaya upaya menyelesaikan masalah
tersebut bersama-sama. mungkin sukar untuk sang isteri memaafkan suami yang
curang namun jika kamu masih sayangkan perkahwinan selesaikanlah dengan cara yang
baik.

p/s: rf nak pesan kat sini..sedangkan Yang Maha Esa pun boleh bersifat pemaaf takkanlah kamu kaum wanita tidak boleh berbuat demikian. rf tahu rf bukanlah orang yang baik tapi sekadar menasihati. setiap manusia melakukan kesalahan. no one is perfect.

Fasha Sandha dan Cinta



Cinta Jejai buat Fasha


KUALA LUMPUR: “Memang Jejai kekasih saya. Saya mengaku kerana sekarang kami sah bercinta. Dulu, saya tak mengaku kerana belum ada kata putus.

“Hubungan kami atas dasar persefahaman kerana kami berkenalan selama tujuh tahun,” kata pelakon sensasi Fasha Sandha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 26, mengesahkan hubungan cintanya dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli (Jejai), 33.

Fasha ditemui pada majlis sesi ramah mesra bersama pelakon siri terbaru TV3, Duyung Aridinata di Ampang di sini semalam berkata, hubungan cintanya dan Jejai makin terserlah apabila bekas suami Nora Danish itu datang membuat kejutan di lokasi penggambaran drama terbabit di Pulau Lang Tengah, Terengganu, dengan helikopter, Mei lalu.

Bercakap lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Jejai, Fasha sambil memperagakan sebentuk cincin berlian tersarung di jarinya berkata, kemunculan mengejut kekasihnya di pulau itu disebabkan sudah dua bulan mereka tidak bertemu.

“Saya memang tak sangka Jejai sanggup berbuat demikian untuk saya (datang dengan helikopter). Sejak itu, cinta kami makin hangat.

“Terus terang, saya terbuka hati menerima cinta Jejai kerana melihat kesungguhannya bersusah-payah untuk saya, selain mahu memberi kejutan. Ia amat menyentuh hati saya kerana belum pernah ada lelaki sanggup berbuat demikian untuk saya.
“Apapun, buat masa ini kami belum berbincang mengenai perkahwinan kerana ia masih terlalu awal. Lagipun, saya tak mahu terlalu berharap kerana enggan kecewa lagi. Saya tak mahu kecewa seperti yang pernah berlaku dulu,” kata Fasha bersungguh-sungguh.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga masing-masing terhadap perhubungan itu, Fasha berkata, apa yang lebih penting, Jejai sudi menerimanya sebagai teman wanita.


Menjawab soalan adakah dia menerima Jejai kerana lelaki itu hartawan dan anak VIP, Fasha menafikannya.

Katanya, cintanya tiada kena mengena dengan kekayaan kerana dia lebih sukakan sikap Jejai yang penyayang.

“Bukan bercakap besar, saya pun ada kerjaya sendiri dan sebelum bersama Jejai pun mampu beli rumah dan kereta sendiri,” katanya.

Berbicara mengenai tanggapan masyarakat yang sering melabelkannya perampas kekasih atau suami orang, Fasha berkata, dia tidak kisah dengan semua itu dan terpulanglah kepada masyarakat memperkatakan apa saja.

“Sama ada saya mengaku atau tidak, orang tetap juga bercakap. Biarlah saya berterus terang saja. Terpulanglah tapi saya gembira kerana setakat ini peminat tetap memberi sokongan dan mendoakan kebahagiaan saya.

“Namun, ingin saya tegaskan bahawa pengakuan ini tidak ada kaitan langsung dengan kontroversi (perang dingin Fasha dengan Tiz Zaqyah) yang berlaku baru-baru ini. Bagi saya, ia sudah selesai dan saya ingin teruskan kerjaya seperti biasa.

“Jujurnya, sekarang saya gembira dan terharu dengan tawaran berlakon yang terus mencurah. Saya harap peminat juga akan menonton siri Duyung Aridinata di TV3 kerana ia sangat menghiburkan,” ujarnya.
- sumber hmetro.com.my

anne ngasri dan wafi bercerai??



cinta oh cinta....
cinta bisa indah...
cinta juga bisa menusuk...
cinta juga menyakiti..


terkejut juga rf dengar cerita ini. Rasanya macam baru je tgok diorg menari dengan bahagianya kat sehati berdansa.. bahagia pulak tuh..anak pon dah nak masuk tiga...atas sebab apa pulak tak tau la rf. biarlah jadi rahsia diorg...sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri. khabarnya anne ngasri dan wafi dah bercerai talak tiga. kecian anne sbb tgah mengandung lima bulan dan hakim juga mengumumkan yang anne habis edah slpas melahirkan anak ketiga mereka. terkejut rf dengan berita ni. cerita artis dan cerai ni dah mcm lali dengan dunia hiburan kita. apa nak jadik nih??? haish.....





kelihatan ibu anne sedang menenangkan anne yang ketika itu hampir nak pitam

20 Rahsia Serasi Bersama 4eva

Bimbang dengan cinta yang telah lama terbina hancur musnah begitu saja? jom layan tips untuk kamu kekal forever dengan si dia. pasti cinta si dia akan lebih indah dengan tips cinta ini...

1. Cakapkan padanya bahawa kamulah cintanya dan tidak akan ada duanya lagi.
Pastinya si dia akan seronok dengan pernyataan kamu.

2. Sekali-sekala, kamu kirimkanlah kad ucapan yang dibuat sendiri. Jangan tunggu
hari jadinya ataupun valentine's day, kamu juga boleh bagi pada hari-hari biasa.
Si dia pasti akan lebih menghargai hubungan kamu berdua.

3. Setiap saat, ingatlah si dia. Percayalah,dengan mengingatinya, dia pasti juga
akan mengingati kamu.

4. Sentiasalah berkongsi rahsia dengannya. Si dia pasti akan merasakan kamu lebih
berharga apabila kamu berkongsi rahsia dengannya. Si dia pasti merasakan bahawa
kamu amat penting dalam hidupnya kerana kamu tidak pernah berahsia dengannya.

5. Setiap kali si dia melakukan kesilapan janganlah kamu merendahkannya. Beri
sokongan pada dia dan memberi nasihat kepadanya agar memperbaiki kesilapannya.

6. Selalu mesej si dia bahawa kamu rindukan si dia. Jangan malu deh..

7. Jangan terlalu berdandan sehingga membuatkan si dia bosan. Pastinya si dia lebih
suka kepada wajahmu yang lebih natural.

8. Jangan ingat hanya wanita yang sukakan hadiah. lelaki juga sukakan hadiah. Jadi
kepada kaum wanita, luangkanlah sedikit masa untuk membeli hadiah kesukaannya.
Pastinya hatinya berbunga riang kerana ingat juga kamu pada si dia.

9. Janganlah terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa sesuatu yang kecil untukmu.

10. Jangan membandingkan diri si dia dengan sesiapa kerana dia akan menganggap kamu
lebih suka orang lain daripadanya.

11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan yang berlainan setiap kali hari jadinya.
Lagipun hari jadinya tidak perlu disambut pada hari jadinya saja malah boleh
sambut pada hari-hari biasa jugak.

12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Janganlah terlalu bergantung kepadanya
untuk membuat keputusan.

13. Selalu berterus terang dengan si dia. Jangan selalu menganggap yang si dia boleh
membaca semua yang ada di fikiran kamu.

14. Hargailah privacynya dan janganlah sesekali kamu membaca diarinya.

15. Berikan nama gelaran mesra terhadapnya yang hanya kamu berdua tahu.

16. Ajaklah dia bercuti sekiranya ada kelapangan. sebaiknya janganlah pergi berdua,
ajaklah rakan-rakan sekali untuk mengelakkan perkara yang tak diingini.

17. Jika kamu mempunyai lesen memandu, tawarkanlah untuk memandu. Janganlah
membiarkannya memandu bersendirian. Tidaklah dia berasa sebagai pemandu kamu.

18. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan dirinya, janganlah kamu memalukan
dirinya. Berpura-puralah kamu tidak mengetahuinya.

19. Biarkan aja kalau dia nak belanja tiket wayang. Kamu pula belilah makanan dan
minuman ringan.

20. Setiap malam telefonlah si dia dan ucapkanlah selamat malam diikuti dengan sweet
dreams.