Friday, July 2, 2010

cinta itu membunuh : tikaman cinta tidak dibalas....

tadi pg rf baca paper.terpandang satu artikel menarik ni...cinta sampai sanggup membunuh skali...dasyatnya penangan cinta sampai sanggup membunuh orang yang kita syg...ini dah bukan sayang ni....haish...kejadian ni berlaku kat pulau pinang. tapi perempuan yang ditikam di leher dan badan tuh cedera parah dan dah dikejarkan ke hospital. juga dikatakan yang perempuan itu sekarang keadaannya stabil.syukur.teman lelakinya pula terjun laut kat padang kota lama. body dia tak jumpa lagi...rf rasa orang mcam ni sgtla pendek akalnya...masih byk lagi cara untuk menyelesaikan masalah selain daripada membunuh, bunuh diri la segala..rf pesan byk2 la muhasabah diri ya....jom kita ikuti berita selanjutnya.

sumber dari http://www.kosmo.com.my/



ni lah keadaan kereta yang terbabas kat greenhall padang kota lama setelah lelaki itu menemui jalan mati
GEORGE TOWN - Ibarat babak filem apabila seorang lelaki yang tidak dapat menerima hakikat cintanya ditolak bertindak di luar dugaan apabila menikam kepala dan leher bekas teman wanitanya sebelum terjun ke laut dalam kejadian di Jalan Green Hall di sini semalam.

Kejadian pukul 2 petang itu menyebabkan orang ramai yang berada di sekitar Jalan Ayer Itam berhampiran Masjid Negeri, Lorong Pasar, Jalan Dato' Keramat dan Jalan Green Hall dekat Mahkamah Tinggi menjadi gempar.

Apa tidaknya, selepas bertengkar dengan mangsa yang dipercayai enggan menyambung kembali percintaan dengannya, suspek bersenjatakan pisau disyaki telah menikam kepala dan leher gadis berusia 21 tahun tersebut sebelum meninggalkannya di tepi Jalan Ayer Itam dekat Masjid Negeri.

Ketika kejadian, kedua-dua mereka berada dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Suzuki Vitara.

No comments:

Post a Comment