di sini rf nak letak cara2 nak tangani suami curang. harap2 bergunalah pada kaum2 makcik2, wanita2, puan2, datin2 dan dsb.
1. Cuba tenangkan diri
rf confem korang mesti bengangkan bila dengar yang suami curang. Marah, sedih,
malu, macam-macam la korang rasa kan. Tapi sebelum tu, cubalah untuk menenangkan
diri. Jangan terlalu emosi sangat sebaliknya fikirkan keluarga korang yang
terlibat dengan keadaan ini. Fikirkan tindakan yang baik untuk bercakap dengan
suami dan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, kamu juga harus
menilai tindakan tersebut terhadap keluarga kamu dan juga diri kamu dan juga
suami kamu. Selain itu, kamu juga boleh mendapatkan khidmat kaunselor untuk
berbincang masalah kamu.
2. Dialog dengan diri
Cuba berdialog dengan diri sendiri tatkala kamu mahu menyelesaikan masalah ini.
Adakah kemungkinan untuk kamu memaafkan suami kamu atau mahu meneruskan kembali
perhubungan. jika masih terlalu sayangkan suami cuba pertimbangkan bagaimana kamu
mahu menyelesaikan masalah dan bagaimana kamu mengendalikan emosi kamu. kamu juga
harus bercakap dan bertindak mengikut akal fikiran yang waras. kamu juga harus
bersedia dengan apa saja kemungkinan dan faham bahawa apa yang kamu hadapi semua
ini bukannya sesuatu yang mudah.
3. Berhadapan dengan suami
bila emosi kamu dah stabil, fikiran pun dah kembali tenang barulah membicarakan
tentang hal ini dengan suami kamu. walaupun anda seharusnya marah dengan
kecurangan suami kamu, berikan suami kamu peluang untuk bercakap. Biarkan dia
mengungkap segala kekecewaan dan memohon kemaafan dari kamu. setelah itu, barulah
kamu meluahkan segala yang terbuku di hati kamu. memang sangat kita ketahui,
wanita akan menjadi cukup lemah bila menerima kejutan sebegini. perasaan
dikhianati, hilang kepercayaan dan kejujuran akan membuatkan diri tak mampu
berhadapan dengan pasangannya itu.
4. Luahkan pada orang yang betul
Sewaktu berhadapan dengan situasi kecurangan suami, biasanya kaum wanita akan
bertindak tak keruan serta tersilap langkah dalam menangani situasi. kaum wanita
akan bercerita dan meluahkan rasa emosi mereka dengan orang lain bukannya suami.
tapi ini masalah kamu dan suami dan bukannya masalah orang lain. seharusnya kamu
menyelesaikannya dengan suami kamu bukannya orang lain. Namun begitu, sesetengah
nasihat yang diberi kawan sekiranya berniat baik boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah kamu dengan suami. sekiranya ia tidak sesuai, kamu boleh
abaikan saja nasihat tersebut.
5. Kawal rasa ingin tahu
Kebiasaannya, wanita yang menghadapi masalah kecurangan suami tidak dapat
mengelak dari sifat ingin tahu lebih-lebih yang berkaitan dengan dirinya. tapi
untuk kepentingan diri sendiri adalah dinasihatkan supaya tindakan ini tidak
dibuat. ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. apa yang perlu kamu
adalah kenapa suami berbuat begitu dan sedaya upaya menyelesaikan masalah
tersebut bersama-sama. mungkin sukar untuk sang isteri memaafkan suami yang
curang namun jika kamu masih sayangkan perkahwinan selesaikanlah dengan cara yang
baik.
p/s: rf nak pesan kat sini..sedangkan Yang Maha Esa pun boleh bersifat pemaaf takkanlah kamu kaum wanita tidak boleh berbuat demikian. rf tahu rf bukanlah orang yang baik tapi sekadar menasihati. setiap manusia melakukan kesalahan. no one is perfect.
semoga kita tabah.. Nice sharing..
ReplyDeleteHot post - Ketahui 5 Tanda Suami Anda Sedang Curang Di Belakang Anda