Thursday, July 1, 2010

20 Rahsia Serasi Bersama 4eva

Bimbang dengan cinta yang telah lama terbina hancur musnah begitu saja? jom layan tips untuk kamu kekal forever dengan si dia. pasti cinta si dia akan lebih indah dengan tips cinta ini...

1. Cakapkan padanya bahawa kamulah cintanya dan tidak akan ada duanya lagi.
Pastinya si dia akan seronok dengan pernyataan kamu.

2. Sekali-sekala, kamu kirimkanlah kad ucapan yang dibuat sendiri. Jangan tunggu
hari jadinya ataupun valentine's day, kamu juga boleh bagi pada hari-hari biasa.
Si dia pasti akan lebih menghargai hubungan kamu berdua.

3. Setiap saat, ingatlah si dia. Percayalah,dengan mengingatinya, dia pasti juga
akan mengingati kamu.

4. Sentiasalah berkongsi rahsia dengannya. Si dia pasti akan merasakan kamu lebih
berharga apabila kamu berkongsi rahsia dengannya. Si dia pasti merasakan bahawa
kamu amat penting dalam hidupnya kerana kamu tidak pernah berahsia dengannya.

5. Setiap kali si dia melakukan kesilapan janganlah kamu merendahkannya. Beri
sokongan pada dia dan memberi nasihat kepadanya agar memperbaiki kesilapannya.

6. Selalu mesej si dia bahawa kamu rindukan si dia. Jangan malu deh..

7. Jangan terlalu berdandan sehingga membuatkan si dia bosan. Pastinya si dia lebih
suka kepada wajahmu yang lebih natural.

8. Jangan ingat hanya wanita yang sukakan hadiah. lelaki juga sukakan hadiah. Jadi
kepada kaum wanita, luangkanlah sedikit masa untuk membeli hadiah kesukaannya.
Pastinya hatinya berbunga riang kerana ingat juga kamu pada si dia.

9. Janganlah terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa sesuatu yang kecil untukmu.

10. Jangan membandingkan diri si dia dengan sesiapa kerana dia akan menganggap kamu
lebih suka orang lain daripadanya.

11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan yang berlainan setiap kali hari jadinya.
Lagipun hari jadinya tidak perlu disambut pada hari jadinya saja malah boleh
sambut pada hari-hari biasa jugak.

12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Janganlah terlalu bergantung kepadanya
untuk membuat keputusan.

13. Selalu berterus terang dengan si dia. Jangan selalu menganggap yang si dia boleh
membaca semua yang ada di fikiran kamu.

14. Hargailah privacynya dan janganlah sesekali kamu membaca diarinya.

15. Berikan nama gelaran mesra terhadapnya yang hanya kamu berdua tahu.

16. Ajaklah dia bercuti sekiranya ada kelapangan. sebaiknya janganlah pergi berdua,
ajaklah rakan-rakan sekali untuk mengelakkan perkara yang tak diingini.

17. Jika kamu mempunyai lesen memandu, tawarkanlah untuk memandu. Janganlah
membiarkannya memandu bersendirian. Tidaklah dia berasa sebagai pemandu kamu.

18. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan dirinya, janganlah kamu memalukan
dirinya. Berpura-puralah kamu tidak mengetahuinya.

19. Biarkan aja kalau dia nak belanja tiket wayang. Kamu pula belilah makanan dan
minuman ringan.

20. Setiap malam telefonlah si dia dan ucapkanlah selamat malam diikuti dengan sweet
dreams.

No comments:

Post a Comment