Wednesday, August 13, 2014

Itinerari Trip Medan 4H3M

I'm back!

Selepas dah tulis perbelanjaan Trip Medan di sini, sekarang nak tulis itinerari trip selama 4H3M di Medan, Indonesia.

Perjalanan trip kami adalah seperti berikut :

Day 1 : KNO (Kualanamu Airport) --> Parapat

Day 2 : Parapat --> Berastagi

Day 3 : Berastagi --> Medan

Day 4 : Medan --> Penang, Malaysia

Planning adalah seperti berikut 



Yang berjaya kami pergi mengikut itinerari adalah seperti berikut (ayat skema sangat). Most of my plan goes very well. Yey!!

Itinerary
Day 1:
Parapat Lake Toba √
Lake Toba cruise Ferry boat √
Tomok Village √
Paten Shop √
Woven Gallery, Pematangsiantar

Day 2: Berastagi

Simarjarunjung √
air terjun sipiso piso √
TEh halia serta pisang goreng
Rumah Bolon
Pasar Buah Berastagi √

Day 3: Kota Medan

mt sinabung and mt sibayak (bukit gundaling) √
Medan Mall √
Istana maimoon √
istana sultan = Istana Maimoon √
mesjid raya √
mesjid besar, batik house,pusat sulaman
kedai kraftangan, membeli belah, sun plaza √

Day 4 : Medan

merdeka walk
pajak ikan √


Itinerari setel. Lepas ni saya akan update pulak apa yang menarik secara lebih detail day by day.

View entry Medan, Indonesia yang lain, boleh klik link di bawah ni. :)

Boleh tengok blogpost aku yang lain :

1.Medan Trip Indonesia
2.Itinerari Trip ke Medan 4H3M
3.Medan Trip Day 1 : Parapat
4.Medan Trip Day 2 : Parapat -- Berastagi
5.Medan Trip Day 3 : Berastagi


Saturday, August 2, 2014

Medan Trip 4H3M (30/7/2014 to 2/8/2014)

Alhamdulillah.

International Trip ke-2 tahun ini ialah ke Medan, Indonesia!

Ini just ringkasan serba-sedikit tentang trip kami ke Medan, Indonesia pada cuti Syawal ini. Semuanya saya yang merancang sendiri dengan buat study through other blogs and plan itinerary sendiri without pakai tour guide. Sebabnya... prefer itinerary sendiri sebab kita boleh berjalan ikut suka and tak payah ikut tour group. Driver pon ditempah sendiri. Keburukannya, kalau tak plan elok-elok, masa terbuang macam tu saja la. So, after buat study, reference inilah hasilnya. Berjalan sendiri ja. Kalau pakai tour guide, mahal sedikit la belanja dia. :) depends la. Nak pakai tour guide or berjalan sendiri. Senang ja, buat research sket-sket, curi-curi idea dari tour guide. Siap! Ok, jom ke Medan!

Tarikh : 30/7/2014 - 2/8/2014 (4H3M)

Tiket : Tiket adalah dari Penang- Medan

  • Air Asia (RM 1416  - untuk 5 org)
  • Tiket termasuk luggage check in ke Medan (20kgs) dan dari Medan (40kgs)
  • Tiket termasuk standard seat (selected seat- at RM 6/each- so total RM 12/person/2way)
  • Without luggage check in and without selected seat - only RM1220/5 person)
  • Total seorang : RM 280++ (oleh sebab cuti raya, mahal sket, boleh dapat murah lagi ni)
Hotels : Hotel semua ditempah melalui Agoda. com. Oleh sebab 5 org, so kami kena la tempah 2 bilik setiap hotel. Perbelanjaan kat hotel agak banyak sebab kena tempah 2 bilik sekaligus sebab takmau ada masalah nanti. Dah la bilik hotel kat parapat semua dah habis. Entah macam mana la penginapan kami dekat Hotel Parapat nanti. Harap-harap bersih and menepati citarasa.

Day 1 : Bermalam di Parapat - 30/7/2014 : Hotel Parapat View (not recommended at all!) Ni booking sbb no other choice, all are fully booked! Menyesal, tapi sbb dah booking kan....what can i do more

Day 2 : Bermalam di Berastagi - 31/7/2014 : Mikie Holiday Resort, serious highly recommended! 4.5 star. bilik connecting rooms, besar gila. ours was so big, facing the pool, and the weather was like 20deg. sejuk ok! menggigil aku.

Day 3 : Bermalam di Medan : 1/8/2014 : Swiss-Belinn Medan, ok la 3 stars. Tak se-excited macam mikie holiday resort tu, hehe. So far, yg ni ok. Janji bersih.

Day 4 : Balik Penang.

Driver + Kereta Sewa : Boleh contact Mr Rinjani Simamora (medanview@gmail.com)
4 hari for RM 650 only (mgkin boleh nego lagi, but this is the best price he gave me.)

HOTEL

1127.66 untuk 3 malam - 3 hotel yang ditempah ( setiap hotel 2 bilik)

total tempahan 3 malam dan 6 bilik

Average satu malam RM 188/bilik/malam.

Total harga di atas termasuk tax yang dicharge kat agoda.com

TOTAL Perbelanjaan Whole Trip

Hotel + Tiket Flight + Driver + Kereta Sewa = RM 3200 (5 orang total)

Actually bg aku tiket flight and hotel leh dapat lagi murah sebab aku pergi peak season, time raya. Banyak boleh saving ni kalau pi time bukan peak season.

Ada pertanyaan apa-apa boleh drop kat comment box kat bawah ni. Thanks!



Entry Trip ke Medan, Indonesia yang lain-lain boleh klik link kat bawah ni;

Boleh tengok blogpost aku yang lain :

1.Medan Trip Indonesia
2.Itinerari Trip ke Medan 4H3M
3.Medan Trip Day 1 : Parapat
4.Medan Trip Day 2 : Parapat -- Berastagi
5.Medan Trip Day 3 : Berastagi



Tuesday, June 17, 2014

Jalan-jalan Penang April 2014

Hari ni Team Building (TB) Intel. After dah makan kenyang2...kami berlima decide nak jalan-jalan kat penang. Nak pi cari mural art kat penang! BEST x? Memang best!! Kalau taktau nak pi mana, search ja kat Waze/Foursquare atau leh refer Penang Tourism located at Cannon Street. Pi grab dulu map dia and then leh jalan-jalan dah

1. Boy on a bike, Lebuh Ah Quee- Georgetown, Penang



2. Little Children on a bicycle, Lebuh Armenian, Georgetown, Penang

###ni bukan little children dah ni, 2 org tu mak orang dah, hehe###

3. Papan Tanda (i taktau nama dia apa...hehehe), Lebuh Armenian, Georgetown, Penang

4. Payung warna-warni - Busy Bodhi Cafe, Cannon Street, Georgetown, Penang

5. Boy reaching up a can on a chair, Cannon Street, Georgetown, Penang
***** payung warna-warni and boy reaching up tu sebelah sebelah ja*****


6. Chew Jetty, Penang, Mural art dah dipadam. Boleh la nak menikmati pemandangan laut Pulau Pinang and rasa rumah atas laut.



7. Armenian Street





Ni ja yang kami sempat pi. Boleh refer sini untuk lebih info http://www.onlypenang.com/where-to-go/penang-street-art-wall-painting-at-penang/

JJCM Penang : Roti Canai Terbaik Pulau Pinang

Hari ni nak share location Roti Canai kebaboom meletup (hiperbola sgt -__-) yang ada kat Penang

1. Roti Canai Transfer Road (Transfer Road, Penang)

- kedai tepi jalan
- roti canai best
- Ada set roti bakar + telur separuh masak yang best



 Gambar ehsan dari google and blog-blog lain. 

Tu la kedai roti canai dia. Memang tepi jalan. Nak selit sket la. Opposite roti canai ni ada restoran nasi padang. Best weh. Memang original orang padang. Tapi dia dalam kedai kopi cina. Kalau makan kat sini, better minum minumam yang dalam tin/air kotak atau bawak bekal sendiri. Sebab apek cina yang buat air. Nak kerr? Makanan dia ok je. Orang Islam and dijamin halal. Pinggan pon diorg punya sendiri. CUMA air je.



2. Roti Canai Argyll Road

- best gak yang ni, kena makan roti canai and daging/ayam baru masyukk!

Search kat GPS atau pakai googlemaps/foursquare insyaallah ada :)

p/s : My next trip is to Medan. Yahooo! tunggu update ya



Bajet Trip ke Singapore : Day 2 at Singapore

Day 2 at Singapore...kami agak slow sket.
Plan hari ni kami nak ke Underwaterworld Singapore. ni bukan S.E.A Aquarium tu, yang ni yang lama sket. Biasa2 ja. member2 ckp Aquaria KLCC cantik lagi. Tapi memandangkan dah smpai sini, redah ja. Perjalanan hari ni agak lemau sket. Kami breakfast dulu di KFC and then ingat sempat nak kejar bas yang straight pegi Sentosa Island jam 9 pg tapi terlepas pulak dah. Next bas kul 10 pagi. waduh lambatnye. Kitorg pun decide naik bas lompat2. So purchase la ticket RM 1.50 turun sampai SMRT (singapore MRT) dekat Keranji. Turun kat Stesyen Keranji, kami terus ke kaunter dapatkan peta and bertanya sedikit macam mana nak ke Sentosa Island dan sterusnya kami pon beli tiket. Konsep sama ja macam LRT and Monorail KL. Yang penting pandai baca peta and tahu destinasi nak ke mana. Kami naik SMRT dan turun di VIVO CITY Mall. Antara mall terbaru and terbesar di Singapore. Dari Vivo City Mall, kena naik Monorel untuk ke Underwater world Singapore. 2-way trip kos seorang 4SGD. Jangan konvert jangan! Lebih kurang jam 11.30 kami sampai di Underwater World Singapore. Tiket masuk seorang dalam SGD29.90. So kami pon berjalan kat dalam tu. Kata ada pertunjukan Dolphin jam 2 ptg. Pergh nak menunggu tu memang perit. Jalan-jalan kat dalam aquarium tu sekejap je. Nak menunggu pertunjukan Dolphin tu memang perit. Dengan panasnya lagi. Bila ingat balik terasa panas kat sini. Ehh! Ok la, jom layan gambar



































Setelah habis pertunjukan Dolphin yang hanya 15 minit kami pon bergerak ke destinasi seterusnya.  Konon plan nak pi Bugis Street sebab dengar kata kat situ ada barang-barang murah macam tshirt, keychain and macam-macam lagi. So, kami pon naik monorail ke Vivo City Mall. Tgah otw nak gi Mcdonald isi perut, tetiba ternampak kedai souvenir dekat Vivo City Mall ni. Kiosk2 kedai. Sama tingkat dengan Monorel tu. Kiosk ni depan kedai kopi. Tak ingat la kedai kopi apa. Tapi akak Chinese yang jual. Pandai cakap melayu and accept duit ringgit and Indonesian Rupiah also. Yang bestnya kat sini memang murah. 24 keychain Singapore yang nampak mahal itu dijual pada harga SGD 10 sahaja! 24 biji SGD 10. Tote bag I love SG dijual pada harga SGD10 untuk 3 beg. TShirt I love SG 3 helai SGD 10. Maka aku dan kawan-kawan aku sedia menghabiskan duit di situ. Yey dapat murah. Puas hati betul.  Bila survey survey balik, xde dah yang lagi murah dari tu. Hoorayyy! Lepas dah shopping keychain, tshirt and tote bag, kami pon gerak nak mengisi perut. Oleh sebab takut nak makan kat tempat lain maka kami pon makan di MCD. So, kitorang beli Filet o' fish je kat sini, sebab takut nak amik ayam or daging kat sini. Singapore bukannya negara dalam perjanjian OIC. So, better kita makan yang base ikan je. Senang. Filet dia aku tak ingat berapa harga dia. Tapi Milo Ais dia hanyalah SGD 0.55. Murah wey. Milo kat MCD Malaysia pon RM 4.25 apa. Mahal. Milo MCD kat Singapore murah je. Ok, dah kenyang kenyang proceed nak Solat Zuhur and Asar sekali. Dalam Vivo City Mall xde surau, so kitorg kena jalan sket nak ke Masjid berhampiran situ. Tanya dekat Mr Police kat situ and kami pon jalan la pelan-pelan ke sana. Naseb baik toilet sini ada air. Fuhh. toilet dia yang lain mana ade air. Puas datang masjid ni. Toilet bersih. Masjid pon cantik. Alhamdulillah. 

Selesai solat, next destination adalah Merlion Park. Kami ambil SMRT and straight ke Merlion Park. Dari SMRT ni, 10 minit berjalan kaki ke Merlion Park. Duduk rilek2 sambil bergambar sana sini and nampak Marina Bay dari Merlion Park. Bugis Street cancel sbb kami dah penattt!!! Dengan berpeluhnya, fuhh penat. Rilek2 jap kat Merlion Park sementara menunggu nak solat Maghrib. Punya lah payah nak cari Masjid dia. Masjid underground weh. Sadis. Huhu. Tak pa. Asalkan boleh solat sudah. Alhamdulillah. Akhirnya kami pon bergerak balik ke JB. Penat weh hari ni. Jalan sampai nak terkeluaq kaki. Dah smpai JB aku terus ke kaunter money changer. First counter nak beli SGD1= RM 2.51 murahnye. Second counter nak beli SGD1= RM 2.55. Wow agak tinggi jugak. So ape lagi aku pon tukar la. Aku rasa duit aku ada dalam SGD58, so total aku dapat ada lah dalam RM 147.90.

 Total yang aku belanja. RM 600-RM 147.90 = RM 452.10
Duit tiket flight = RM 234

Total = RM 686.10 

so korang leh la bajet nak bawak berapa kan. Janji penginapan ada orang taja. Ekeekeke. Aku mahal kat tiket flight tu je. Yang lain2 ok lagi. Tiket flight leh dapat murah lagi kot.

p/s : Camera yang aku guna untuk tangkap gambar-gambar masa kat SG adalah NIKON J1. Cantek-cantek kan suma gambar-gambar. Mana ada edit oi.

Ok. Sekian saja entry aku.

Ada nak tau lebih2? boleh comment kat bwh ni and aku leh tlg mana-mana yang aku tau.

Sekian!