Thursday, October 2, 2014

Medan Trip Day 2 : Parapat -- Berastagi

Medan trip Day 2 kami berjalan di sekitar Parapat. Parapat--Pulau Samosir--Simarjarunjung (air terjun sipiso-piso)--Berastagi. Fuh, penuh perjalanan satu hari ni. Pagi-pagi lagi bangun awal, sejuk kot nak mandi. Air panas (heater) pon takde. Jalan-jalan sekeliling hotel, aku takleh bayang cmne la budak-budak tu leh terjun dalam swimming pool. Sejuk kot! Berangin lagi. View Lake toba dari hotel mmg cntek. Ada dalam post sebelum ni. Pagi-pagi, lepas breakfast, kami plan nak ke Pulau Samosir, tempat orang-orang Batak. Sini dekat Parapat banyak suku kaum batak, nak makan pon kena cari kedai yang halal sbb takut. Tepi jalan pun ada jual babi bakar, berlambak-lambak. Aku tak banyak nak cerita ni, tgok gambar lak.

Atas Feri Dari Parapat nak ke Pulau Samosir, 45 min perjalanan 6000rp seorang


Lake Toba


my lil bro bajet!






Ni pengangkutan feri nak ke Pulau Samosir. 45 min perjalanan.




Hotel - Danau Toba International Cottage










My lil sis.






Pemandangan di sekitar Lake Toba. Seriusly, sepanjang perjalanan, aku memang asik terpegun macam mana tasik ni boleh terbentuk and di sekeliling dia bukit bukau. Cantek sungguh ciptaan Allah S.W.T.Perjalanan kami pagi ni tak sesak sangat sebab kami keluar awai dari hotel.


Dah sampai Pulau Samosir.












Aku nasihatkan kalau korang nak beli souvenir/t-shirt/cendermata/cenderahati/buah tangan, beli siap-siap dekat Pulau Samosir ni. Sebab nanti kat kota Medan tu, susah sangat nak dapat keychain/fridge magnet/tshirt semua tu. Beli banyak-banyak, yang korang rasa nak beli tu, beli je. Naseb la aku beli siap-siap keychain and tshirt kat sini. tu pon aku rasa tak cukup, nak cari kat Medan, takde. Susah sangat nak jumpa. Kalau ada pon, mahai sangat, tak berbaloi.


Topeng-topeng suku kaum Batak, guna masa perayaan kot.








































Setelah lebih kurang 2 jam perjalanan, kami sampai kat Air terjun sipisopiso, nampak x air dia keluar dari batu, laju pulak tu.Dekat area air terjun sipiso-piso ni banyak kedai makanan orang islam. Sepanjang perjalanan nak ke sini, banyak kedai tuak (air arak). So, berhati-hatilah kalau nak beli minuman tepi jalan tu. Sipiso-piso ni ada sejarah sebab apa nama dia sipiso-piso. Nama dia mai dari pisau (aku tak ingat masa pak driver tu bagitau).

View Lake toba dari Air terjun sipiso-piso Simarjarunjung.






Selepas puas di Air terjun sipiso-piso kami gerak ke Berastagi. What's waiting???? Aku sangat teruja!!



Boleh tengok blogpost aku yang lain :

1.Medan Trip Indonesia
2.Itinerari Trip ke Medan 4H3M
3.Medan Trip Day 1 : Parapat
4.Medan Trip Day 2 : Parapat -- Berastagi
5.Medan Trip Day 3 : Berastagi


Friday, September 19, 2014

Medan Trip Day 1 : Parapat

Assalammualaikum..

Bertemu kembali.

Day 1 at Medan, Indonesia

Dari Penang kami naik flight jam lebih kurang 7.20 pagi on 30/8/2014 dan tiba di Medan lebih kurang jam 815 am (jam Malaysia---jam Medan 715 pagi). Medan, time dia awal sejam dari Malaysia. 

Aku agak worry sket pagi ni sebab semuanya ditempah through email. Aku macam gerun kalau-kalau driver yang kami tempah tu tak jemput. Tapi semua details aku dah bagi dalam email, nombor flight and arrival time kami. 

Alhamdulillah, masa kat balai ketibaan tu aku nampak seseorang pegang sepanduk/kertas A4 dengan nama aku. Supir ni nama dia Bapak John. Kami panggil dia bapak je. Kami dapat Avanza, untuk 5 org, 4 Hari harganya RM 650.

Terus inform driver kami nak straight ke Parapat dari Kualanamu Airport ni. Tapi sebelum tu nak breakfast dulu. Masing2 dah lapar kan. Pak supir mula-mula nak bawak kami ke Restoran Cendelasari (Restoran Ayam/Ikan Penyet) tapi belum bukak pulak. Awal sangat agaknya. Ye la tak sampai pukul 9 pon lagi. Lepas tu masa on the way, kebetulan Restoran Simpang Tiga bukak, kami singgah untuk breakfast di sini. Kami tak makan hidang kat sini. Kami just beli personal set. Kat Medan ni kalau diorang hidang lauk kat meja and kau amik lauk tu walau sket dia masuk bil oi. So, nasihat aku ambik lauk yang korang nak je. 

Aku decide nak terus ke Parapat sebab banyak blog aku baca and refer mostly suggest ge Parapat dulu sebabnya perjalanan yang agak jauh. Perjalanan ke Parapat lebih kurang mengambil masa 6 jam. Fuhh! Jauh betul. Dah macam Penang ke Melaka. Nasib tak baik, kami pergi time Indonesia pon tengah holiday (libur kata mereka) cuti raya. Jem gila baq hang time ni. 6 hingga 7 jam perjalanan kami ke Parapat. Sampai 'krem' punggong aku. 

Setelah beberapa jam perjalanan (nasib perut dah kenyang), kami sampai di Permatangsiantar. Kat sini, ada satu kedai yang famous. Kedai Paten, kat sini la ada kuih yang nama TungTung, Tengteng, Tangtang, Tingting. Tester ada, so kau leh test semua sebelum nak membeli. Tapi ni kedai orang Cina la. Kuih Paten ni boleh gak dapat kat Kota Medan tapi susah sket nak dapat, better beli siap-siap aje kat Kedai Paten ni.

Nak letak gambar pulak la. Panjang pulak story aku. Hehe


Semasa dalam perjalanan ke Parapat. Ternampak kedai tepi jalan ni. Hehe





belakang aku tu LAKE TOBA, cantek sangat. Time ni sejuk sangat, angin pon kuat. View dari hotel.


View Lake Toba dari Feri Parapat


Sampai kat Parapat, terus check in hotel. Sejuknya Parapat. Bila tgok Parapat, Parapat ni serupa Malaysia tahun 50-an. Cantek gila Lake Toba bak hang!!! Cantek sangat. Awesome. Aku terpegun. Terpesona dengan ciptaan tuhan.  Check in kat Hotel parapat Inn. Luaran cantik. View superb, sebab leh nampak Lake Toba depan hotel. Tapi sayang, indah khabar dari rupa. Toilet takde air!! Dah bising, baru nak bukak air. Not recommended to stay here. Aku duduk sini pon sebab semua hotel dah habis ditempah. Maklumlah musim raya kan. Banyak jugak orang Indonesia yang bercuti. Hotel ni xde aircon sebabnya Parapat ni dah sejuk sangat. 

Masa sampai, kami dah penat gila nak rest sebab sakit punggong. So kami decide xnak g memana rini lagipon jem terok sangat, tak gerak langsung keretanya. Kami keluar after maghrib just untuk dinner and jalan-jalan kat Pekan jap. Kami dinner di Restoran Istana Minang. Halal. Alhamdulillah. Makanan sedap, not so bad. Kat Parapat ni, make sure tgok restoran yang miliknya orang Islam sebab kat sini ramai yang suku kaum Batak and Kristian bukan Islam. Hati-hati ye!

Tak banyak sangat kisah Day 1 di Parapat oleh sebab kami tersekat dalam jem yang sangat-sangat teruk yang amat dan tak bergerak langsung kereta.

Boleh tengok blogpost aku yang lain :


Wednesday, August 13, 2014

Itinerari Trip Medan 4H3M

I'm back!

Selepas dah tulis perbelanjaan Trip Medan di sini, sekarang nak tulis itinerari trip selama 4H3M di Medan, Indonesia.

Perjalanan trip kami adalah seperti berikut :

Day 1 : KNO (Kualanamu Airport) --> Parapat

Day 2 : Parapat --> Berastagi

Day 3 : Berastagi --> Medan

Day 4 : Medan --> Penang, Malaysia

Planning adalah seperti berikut 



Yang berjaya kami pergi mengikut itinerari adalah seperti berikut (ayat skema sangat). Most of my plan goes very well. Yey!!

Itinerary
Day 1:
Parapat Lake Toba √
Lake Toba cruise Ferry boat √
Tomok Village √
Paten Shop √
Woven Gallery, Pematangsiantar

Day 2: Berastagi

Simarjarunjung √
air terjun sipiso piso √
TEh halia serta pisang goreng
Rumah Bolon
Pasar Buah Berastagi √

Day 3: Kota Medan

mt sinabung and mt sibayak (bukit gundaling) √
Medan Mall √
Istana maimoon √
istana sultan = Istana Maimoon √
mesjid raya √
mesjid besar, batik house,pusat sulaman
kedai kraftangan, membeli belah, sun plaza √

Day 4 : Medan

merdeka walk
pajak ikan √


Itinerari setel. Lepas ni saya akan update pulak apa yang menarik secara lebih detail day by day.

View entry Medan, Indonesia yang lain, boleh klik link di bawah ni. :)

Boleh tengok blogpost aku yang lain :

1.Medan Trip Indonesia
2.Itinerari Trip ke Medan 4H3M
3.Medan Trip Day 1 : Parapat
4.Medan Trip Day 2 : Parapat -- Berastagi
5.Medan Trip Day 3 : Berastagi


Saturday, August 2, 2014

Medan Trip 4H3M (30/7/2014 to 2/8/2014)

Alhamdulillah.

International Trip ke-2 tahun ini ialah ke Medan, Indonesia!

Ini just ringkasan serba-sedikit tentang trip kami ke Medan, Indonesia pada cuti Syawal ini. Semuanya saya yang merancang sendiri dengan buat study through other blogs and plan itinerary sendiri without pakai tour guide. Sebabnya... prefer itinerary sendiri sebab kita boleh berjalan ikut suka and tak payah ikut tour group. Driver pon ditempah sendiri. Keburukannya, kalau tak plan elok-elok, masa terbuang macam tu saja la. So, after buat study, reference inilah hasilnya. Berjalan sendiri ja. Kalau pakai tour guide, mahal sedikit la belanja dia. :) depends la. Nak pakai tour guide or berjalan sendiri. Senang ja, buat research sket-sket, curi-curi idea dari tour guide. Siap! Ok, jom ke Medan!

Tarikh : 30/7/2014 - 2/8/2014 (4H3M)

Tiket : Tiket adalah dari Penang- Medan

  • Air Asia (RM 1416  - untuk 5 org)
  • Tiket termasuk luggage check in ke Medan (20kgs) dan dari Medan (40kgs)
  • Tiket termasuk standard seat (selected seat- at RM 6/each- so total RM 12/person/2way)
  • Without luggage check in and without selected seat - only RM1220/5 person)
  • Total seorang : RM 280++ (oleh sebab cuti raya, mahal sket, boleh dapat murah lagi ni)
Hotels : Hotel semua ditempah melalui Agoda. com. Oleh sebab 5 org, so kami kena la tempah 2 bilik setiap hotel. Perbelanjaan kat hotel agak banyak sebab kena tempah 2 bilik sekaligus sebab takmau ada masalah nanti. Dah la bilik hotel kat parapat semua dah habis. Entah macam mana la penginapan kami dekat Hotel Parapat nanti. Harap-harap bersih and menepati citarasa.

Day 1 : Bermalam di Parapat - 30/7/2014 : Hotel Parapat View (not recommended at all!) Ni booking sbb no other choice, all are fully booked! Menyesal, tapi sbb dah booking kan....what can i do more

Day 2 : Bermalam di Berastagi - 31/7/2014 : Mikie Holiday Resort, serious highly recommended! 4.5 star. bilik connecting rooms, besar gila. ours was so big, facing the pool, and the weather was like 20deg. sejuk ok! menggigil aku.

Day 3 : Bermalam di Medan : 1/8/2014 : Swiss-Belinn Medan, ok la 3 stars. Tak se-excited macam mikie holiday resort tu, hehe. So far, yg ni ok. Janji bersih.

Day 4 : Balik Penang.

Driver + Kereta Sewa : Boleh contact Mr Rinjani Simamora (medanview@gmail.com)
4 hari for RM 650 only (mgkin boleh nego lagi, but this is the best price he gave me.)

HOTEL

1127.66 untuk 3 malam - 3 hotel yang ditempah ( setiap hotel 2 bilik)

total tempahan 3 malam dan 6 bilik

Average satu malam RM 188/bilik/malam.

Total harga di atas termasuk tax yang dicharge kat agoda.com

TOTAL Perbelanjaan Whole Trip

Hotel + Tiket Flight + Driver + Kereta Sewa = RM 3200 (5 orang total)

Actually bg aku tiket flight and hotel leh dapat lagi murah sebab aku pergi peak season, time raya. Banyak boleh saving ni kalau pi time bukan peak season.

Ada pertanyaan apa-apa boleh drop kat comment box kat bawah ni. Thanks!



Entry Trip ke Medan, Indonesia yang lain-lain boleh klik link kat bawah ni;

Boleh tengok blogpost aku yang lain :

1.Medan Trip Indonesia
2.Itinerari Trip ke Medan 4H3M
3.Medan Trip Day 1 : Parapat
4.Medan Trip Day 2 : Parapat -- Berastagi
5.Medan Trip Day 3 : Berastagi