Wednesday, February 11, 2015

Guide Menabung untuk orang bujang

Guide menabung orang bujang.

1. Limitkan perbelanjaan seminggu sebanyak RM 100 sahaja.

RM 100/minggu - termasuk makan + minum + minyak kereta/moto. Cukup? Insyaallah cukup. Kegunaan aku, aku berulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 40.5 km (37min perjalanan) - ONE WAY, so 2 way 40.5kmx2 = 81 km/sehari, sehari penggunaan 6 liter minyak a.k.a seminggu 30 liter minyak kereta. So kalau korang pakai kereta CC rendah, kereta kecil, perjalanan lagi dekat berbanding aku yang hari-hari travel dengan  duit tol lagi, Insha Allah memang dapat menyimpan. Makanan, sebolehnya masak je la kat rumah. Kalau makan kat luar, sehari dah RM 15 (3 kali makan). Lebih baik kalau..(aku cakap kalauuu)... dapat duduk serumah dengan ibu bapa kita. Makan malam mak kita dah masakkan (jimat RM 5). Dekat tempat kerja, kalau dapat subsidi makan tu, gunakan sebaiknya. RM 50 boleh makan sebulan (pandai jimat)- kalau aku 1/2 bulan RM 50 habes, haha. Alhamdulillah dapat jimat. 
  • Calculation gini, RM 100/minggu (5 hari bekerja)
  • Minyak RM 51 seminggu (RM 1.70/seliter pada 11/02/2015) 
  • Makan pagi + tengahari (Subsidi tempat kerja RM 50) - So tak guna duit sendiri
  • Makan malam, makan di rumah (tinggal dengan ibu bapa)
  • Makan malam paling banyak belanja (estimation - RM 20/minggu atau kurang - oleh sebab duduk rumah ibu bapa, makan masakan rumah)
  • RM 100- RM 51 (duit petrol kereta) - RM 20 = RM 29
  • Balance RM 29 masuk tabung (sekurang-kurangnya RM 20 seminggu) - sebulan dah RM 80, setahun dah RM 80x12 = RM 960 :)
2. Tulis hutang-hutang yang perlu dibayar setiap bulan 

Ini macam money management. Catit apa yang perlu dibayar setiap bulan.

ex : Hutang kereta/ duit untuk mak and ayah/hutang ptptn/duit tol/sewa rumah and etc.

  •  Kiraan : Hutang kereta + duit untuk ibu bapa = RM 500+RM 200 (guna kereta yang low monthly payment - seperti Proton Saga/Persona/MyVi)

  • Jika ada rumah sewa, cari yang low rent tapi good quality, mungkin dalam RM 200-300 sebulan sebilik. 

3. Jangan overspend. Limitkan diri untuk tidak shopping benda-benda yang tidak perlu. Tahan diri.



4. Jom Mengira

  •  Hutang RM 1000 (seperti no 2) + belanja bulanan RM 400 (seperti no 1) = RM 1400

  • Miscellanous (RM 300-RM 500) - perbelanjaan lain-lain

  •  Gaji seorang fresh graduate basically RM 2400 atau lebih atau kurang. 

  • Kalau ditolak hutang RM 2400 - RM 1400 - RM 500 = **RM 200 (sehingga) RM 500 (masuk akaun simpanan/ASB)

  • Setahun simpanan dalam ASB  ** RM 2400 (sehingga) RM 6000  (setahun)

5. Duit tabung (dari no 1) + duit Simpanan (dari no 4) 

  •  RM 960 + ** RM 2400 (sehingga)  RM 6000 = RM 3360 sehingga RM 6960 setahun!
  • 10 tahun dah RM 69600
**Pesanan - Duit Bonus yang diterima dari gaji boleh la kalau nak reward diri sendiri tapi MAKE SURE don't overspend), sebaiknya duit bonus yang diterima dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan. Cari akaun simpanan yang tidak menggunakan kad debit untuk memudahkan pengeluaran. Duit yang disimpan juga boleh digunakan di kala emergency and untuk majlis perkahwinan anda sendiri! Rajin + Gudluck dalam menyimpan duit!


No comments:

Post a Comment