Sunday, August 15, 2010

AWAS kekasih cemburu buta

Sifat cemburu ada di kalangan semua manusia. Namun tidak dinafikan masal cemburu ini berlaku di kalangan org yg tgah hot bercinta..
jom kita tgok tanda-tanda org yang cemburu buta. selidik sama ada si dia cemburu buta ataupun tidak.

1. setiap hari pasti dia akan menelefon kamu beberapa kali dan marah apabila kamu tidak ada atau tidak mengangkat telefon.

2. si dia seringkali menuduh sesuka hati bahawa kamu telah keluar dengan lelaki dan wanita lain.

3. si dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu.

4. si dia menggugut akan membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

5. setiap masa si dia hanya mahu kamu sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan teman-teman sekolej atau sekerja.

6. si dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki atau wanita lain tertarik kepada kamu.

7. sekiranya ada tindak tanduk kamu yang mencurigainya si dia akan menyoal kamu seperti seorang polis misalnya ke mana, dengan siapa, dan buat apa.

8. biarpun niat kamu baik untuk mencari duit lebih membuat kerja lebih masa namun baginya kamu sengaja mahu berseronok-seronok dengan kawan-kawan.

9. jangan terkejut jika si dia menggeledah beg tangan kamu dan beg duit kamu untuk mencari bukti sama ada kamu bermain kayu tiga biarpun hakikat sebenarnya kamu tidak pernah curang dengannya.

No comments:

Post a Comment