Assalammualaikum..
Bertemu kembali.
Day 1 at Medan, Indonesia
Dari Penang kami naik flight jam lebih kurang 7.20 pagi on 30/8/2014 dan tiba di Medan lebih kurang jam 815 am (jam Malaysia---jam Medan 715 pagi). Medan, time dia awal sejam dari Malaysia.
Aku agak worry sket pagi ni sebab semuanya ditempah through email. Aku macam gerun kalau-kalau driver yang kami tempah tu tak jemput. Tapi semua details aku dah bagi dalam email, nombor flight and arrival time kami.
Alhamdulillah, masa kat balai ketibaan tu aku nampak seseorang pegang sepanduk/kertas A4 dengan nama aku. Supir ni nama dia Bapak John. Kami panggil dia bapak je. Kami dapat Avanza, untuk 5 org, 4 Hari harganya RM 650.
Terus inform driver kami nak straight ke Parapat dari Kualanamu Airport ni. Tapi sebelum tu nak breakfast dulu. Masing2 dah lapar kan. Pak supir mula-mula nak bawak kami ke Restoran Cendelasari (Restoran Ayam/Ikan Penyet) tapi belum bukak pulak. Awal sangat agaknya. Ye la tak sampai pukul 9 pon lagi. Lepas tu masa on the way, kebetulan Restoran Simpang Tiga bukak, kami singgah untuk breakfast di sini. Kami tak makan hidang kat sini. Kami just beli personal set. Kat Medan ni kalau diorang hidang lauk kat meja and kau amik lauk tu walau sket dia masuk bil oi. So, nasihat aku ambik lauk yang korang nak je.
Aku decide nak terus ke Parapat sebab banyak blog aku baca and refer mostly suggest ge Parapat dulu sebabnya perjalanan yang agak jauh. Perjalanan ke Parapat lebih kurang mengambil masa 6 jam. Fuhh! Jauh betul. Dah macam Penang ke Melaka. Nasib tak baik, kami pergi time Indonesia pon tengah holiday (libur kata mereka) cuti raya. Jem gila baq hang time ni. 6 hingga 7 jam perjalanan kami ke Parapat. Sampai 'krem' punggong aku.
Setelah beberapa jam perjalanan (nasib perut dah kenyang), kami sampai di Permatangsiantar. Kat sini, ada satu kedai yang famous. Kedai Paten, kat sini la ada kuih yang nama TungTung, Tengteng, Tangtang, Tingting. Tester ada, so kau leh test semua sebelum nak membeli. Tapi ni kedai orang Cina la. Kuih Paten ni boleh gak dapat kat Kota Medan tapi susah sket nak dapat, better beli siap-siap aje kat Kedai Paten ni.
Nak letak gambar pulak la. Panjang pulak story aku. Hehe
Semasa dalam perjalanan ke Parapat. Ternampak kedai tepi jalan ni. Hehe
belakang aku tu LAKE TOBA, cantek sangat. Time ni sejuk sangat, angin pon kuat. View dari hotel.
View Lake Toba dari Feri Parapat
Sampai kat Parapat, terus check in hotel. Sejuknya Parapat. Bila tgok Parapat, Parapat ni serupa Malaysia tahun 50-an. Cantek gila Lake Toba bak hang!!! Cantek sangat. Awesome. Aku terpegun. Terpesona dengan ciptaan tuhan. Check in kat Hotel parapat Inn. Luaran cantik. View superb, sebab leh nampak Lake Toba depan hotel. Tapi sayang, indah khabar dari rupa. Toilet takde air!! Dah bising, baru nak bukak air. Not recommended to stay here. Aku duduk sini pon sebab semua hotel dah habis ditempah. Maklumlah musim raya kan. Banyak jugak orang Indonesia yang bercuti. Hotel ni xde aircon sebabnya Parapat ni dah sejuk sangat.
Masa sampai, kami dah penat gila nak rest sebab sakit punggong. So kami decide xnak g memana rini lagipon jem terok sangat, tak gerak langsung keretanya. Kami keluar after maghrib just untuk dinner and jalan-jalan kat Pekan jap. Kami dinner di Restoran Istana Minang. Halal. Alhamdulillah. Makanan sedap, not so bad. Kat Parapat ni, make sure tgok restoran yang miliknya orang Islam sebab kat sini ramai yang suku kaum Batak and Kristian bukan Islam. Hati-hati ye!
Tak banyak sangat kisah Day 1 di Parapat oleh sebab kami tersekat dalam jem yang sangat-sangat teruk yang amat dan tak bergerak langsung kereta.
Boleh tengok blogpost aku yang lain :