Wednesday, June 10, 2015

Ho Chi Minh Trip : Percutian dan Bajet 4H3M

Itinerari dan bajet 4H 3M

Flight average harga RM 700/person. Aku tak ingat exact amount. Tapi lebih kurang macam ini harga dia.
Flight include: In-flight meal and 30kg check-In baggage/person +Travel insurance

Day 1:
·        Tiba di Ho Chi Minh city (Saigon/HCM)
·        Dari Tan Son Nhat International Airport to Luxe Hotel 110,000 dong + tiket parking 10,000 dong. Total 120,000 dong@120 dong.
·        Check in hotel. Penginapan : The Luxe Hotel 3 malam, RM 142/malam, 3 malam = RM 426 + ada service charge (10% kot), booking through hotels.com. Hotel recommended, service terbaik (cuma bahasa payah sikit, since ramai yang tak tahu berbahasa Inggeris), baru 2 tahun beroperasi, cleanliness tiptop. Saiz bilik standard untuk 2 orang(katil Queen size); 5 min walk to Ben Thanh Market
·        Itinerari hari ni ke Ben Thanh Market and Ben Thanh night market sahaja

Day 2:
·        Mekong River Tour, full day trip. Ikut travel tour. $16USD seorang tanpa lunch.
·        Malam – Ben Thanh Night Market

Day 3:
·        Cu Chi Tunnel, half day trip. Ikut travel tour. $14USD/person
·        Post Office, notre dame cathedral, palace,hard rock café
·        Ben Thanh Night Market

Day 4:
·        Ben Thanh Market last minute shopping
·        Packing untuk balik

·        Flight 1.55pm (Waktu Vietnam)

Monday, February 23, 2015

Percutian/Pengalaman di GrandLexis Port Dickson

Apa yang aku nak tulis tentang grand lexis port dickson ni eh? Apa yang aku boleh cakap percutian di grand lexis was awesome. Dengan kawan-kawan yang happening, satu kepala lagi gila-gila. Memang best lah. Awesome baq hang! Grandlexis PD ni ada private pool dalam bilik. Hepi sangat oi! Lexis PD ada dua, satu grand lexis PD, lagi satu LEXIS Pd. Yang ada private pool tu is Grand Lexis PD. Grand Lexis PD!

Aku booking through Hotels.com. Aku dapat price RM 649.60 satu malam. Price yang ni paling murah compare dengan agoda/booking.com and website GrandLexis sendiri. Kat bawah ni harga semasa kat hotels.com. Boleh tengok dekat hotels.com.


























Aku booking garden pool villa. Kat GrandLexis ni ada lower unit pool dengan upper unit pool. Lower unit pool (pool berbumbung penuh), so orang tak nampak kita tengah berenang-renang and tak panas. Upper Unit pool (pool terbukak) orang nampak and panas (boleh sunburn), haha. So sebelum nak pi, aku pon telefon la grandlexis untuk request for lower unit villa. So, settle. Dengan harapan dapat pool yang tertutup dalam bilik. Hehe..

P/S : Waktu check in yang sepatutnya ialah jam 4 petang dan check out jam 12 tengahari. Untuk yang nak check in awal tu, boleh request check in awal tetapi dengan syarat bilik dorg dah siap kemas.

Mula ingat nak check in awai, dah siap tanya dah. Las-las check in jam 4 petang jugak. Heh...

Masa nak check in, deposit RM 100 (standard), and kitorg bayar as apa yang dibeli di hotels.com. No other charges. Masa check in, " Maaf Miss, our garden pool villa dah full (cuak tak, cuak tak)", hehh... Dah booking siap bagai, tiba-tiba full pulak kan. Hotel ni full wey. "So, we upgrade your room to Premium Pool Villa (above the sea)", (hepi tak, hepi tak). Dapat upgrade pulak tu. No charges. Dah naik buggy ride sampai depan pintu bilik, wow, melompat. Bilik agak besar with private pool! Excited kat private pool tu ja. Hahaha. Bilik tak mau tengok. TAPIII, pool dia open, (half open), bumbung terbuka. Orang yang dok apartment atas, leh nampak kami dok mandi manda. Tak syok la.

After discuss, kami decide nak request for closed pool. So, kawan aku telefon receptionist and inform. Sebab kami dah telefon request untuk closed pool sebelum kami check in lagi, so kami berhak untuk mintak closed pool kan..... "wait for a moment miss, we'll check a room for you", dah cuak sebab kena charge ker mintak room upgrade ni!! ermmm... after 5 min dia pon call balik, "miss, we'll upgrade your room to Grand Garden Pool Villa (mohon tengok kat website dia sekarang), hahahahhaha, bilik ni harga dia RM 800++ . Dalam telefon dia xde cakap pasal extra charges pon! Agak cuak, jika dia charge masa nak check out nanti.

Cuak tu pikir kemudian la, jom kita enjoy dulu.

Dah check out, " miss, did u take anything from the fridge", "No". Ok, so dia pon return deposit aku and kami balik! No extra charges untuk bilik yang kami minta tu!! Service memang tip top la. 5 star for your service. Bila minta extra towels, within few minutes, dia dah hantar sampai depan bilik dah. :)

Sementara tu, tengah ada offer Grand Lexis PD kat groupon ni haa. Groupon Offer Grand Lexis PD











Wednesday, February 11, 2015

Guide Menabung untuk orang bujang

Guide menabung orang bujang.

1. Limitkan perbelanjaan seminggu sebanyak RM 100 sahaja.

RM 100/minggu - termasuk makan + minum + minyak kereta/moto. Cukup? Insyaallah cukup. Kegunaan aku, aku berulang alik dari rumah ke tempat kerja sejauh 40.5 km (37min perjalanan) - ONE WAY, so 2 way 40.5kmx2 = 81 km/sehari, sehari penggunaan 6 liter minyak a.k.a seminggu 30 liter minyak kereta. So kalau korang pakai kereta CC rendah, kereta kecil, perjalanan lagi dekat berbanding aku yang hari-hari travel dengan  duit tol lagi, Insha Allah memang dapat menyimpan. Makanan, sebolehnya masak je la kat rumah. Kalau makan kat luar, sehari dah RM 15 (3 kali makan). Lebih baik kalau..(aku cakap kalauuu)... dapat duduk serumah dengan ibu bapa kita. Makan malam mak kita dah masakkan (jimat RM 5). Dekat tempat kerja, kalau dapat subsidi makan tu, gunakan sebaiknya. RM 50 boleh makan sebulan (pandai jimat)- kalau aku 1/2 bulan RM 50 habes, haha. Alhamdulillah dapat jimat. 
  • Calculation gini, RM 100/minggu (5 hari bekerja)
  • Minyak RM 51 seminggu (RM 1.70/seliter pada 11/02/2015) 
  • Makan pagi + tengahari (Subsidi tempat kerja RM 50) - So tak guna duit sendiri
  • Makan malam, makan di rumah (tinggal dengan ibu bapa)
  • Makan malam paling banyak belanja (estimation - RM 20/minggu atau kurang - oleh sebab duduk rumah ibu bapa, makan masakan rumah)
  • RM 100- RM 51 (duit petrol kereta) - RM 20 = RM 29
  • Balance RM 29 masuk tabung (sekurang-kurangnya RM 20 seminggu) - sebulan dah RM 80, setahun dah RM 80x12 = RM 960 :)
2. Tulis hutang-hutang yang perlu dibayar setiap bulan 

Ini macam money management. Catit apa yang perlu dibayar setiap bulan.

ex : Hutang kereta/ duit untuk mak and ayah/hutang ptptn/duit tol/sewa rumah and etc.

  •  Kiraan : Hutang kereta + duit untuk ibu bapa = RM 500+RM 200 (guna kereta yang low monthly payment - seperti Proton Saga/Persona/MyVi)

  • Jika ada rumah sewa, cari yang low rent tapi good quality, mungkin dalam RM 200-300 sebulan sebilik. 

3. Jangan overspend. Limitkan diri untuk tidak shopping benda-benda yang tidak perlu. Tahan diri.



4. Jom Mengira

  •  Hutang RM 1000 (seperti no 2) + belanja bulanan RM 400 (seperti no 1) = RM 1400

  • Miscellanous (RM 300-RM 500) - perbelanjaan lain-lain

  •  Gaji seorang fresh graduate basically RM 2400 atau lebih atau kurang. 

  • Kalau ditolak hutang RM 2400 - RM 1400 - RM 500 = **RM 200 (sehingga) RM 500 (masuk akaun simpanan/ASB)

  • Setahun simpanan dalam ASB  ** RM 2400 (sehingga) RM 6000  (setahun)

5. Duit tabung (dari no 1) + duit Simpanan (dari no 4) 

  •  RM 960 + ** RM 2400 (sehingga)  RM 6000 = RM 3360 sehingga RM 6960 setahun!
  • 10 tahun dah RM 69600
**Pesanan - Duit Bonus yang diterima dari gaji boleh la kalau nak reward diri sendiri tapi MAKE SURE don't overspend), sebaiknya duit bonus yang diterima dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan. Cari akaun simpanan yang tidak menggunakan kad debit untuk memudahkan pengeluaran. Duit yang disimpan juga boleh digunakan di kala emergency and untuk majlis perkahwinan anda sendiri! Rajin + Gudluck dalam menyimpan duit!


Monday, February 9, 2015

Akar Lima : Homestay and Cafe

Had lunch today at Akar Lima.

Five words.

#Traditional #Awesome #KampungStyle #GoodFood #Homestay

Actually, i had more words i can describe though!

It was awesome.

Goodfood it was. Aduh, time tengah mengarang ni la, puasa pulak. Demmmm!

Akar Lima, cafe and stay. Homestay dia sangat best, harga pun murah, as low as $26 (USD)/night. Kalau convert mau ada dalam RM 80++. Sapa-sapa yang rasa nak experience kampung stay with western food, u shud come here. Seriously. Come here!!!

Masa pi lunch(kali pertama) haritu, aku makan lamb chop with mashed potatoes with Ulam Raja dressing salads. Drinks : Banana Choc (sedapp weyy)...ceq terlioqqq dah ni. Side dishes : Choc Bread Pudding (yang ni pon sedap weyyy). Tapi cakes dia depends on their menu on that day. They have diff diff types of menu. Depends, kalau ada ada la. Kalau takdak, u have other choices too. :)

Facebook : AKAR LIMA KULIM
Instagram @akarlima

the foods!! snap by me, love it! love it!



THE STAY






Tuesday, December 16, 2014

Yang Terhangat di Google Search 2014

Setiap tahun google akan mengeluarkan senarai carian terhangat di enjin carian google sepanjang tahun. Maka berikut  adalah senarai yang banyak di cari di laman web carian terhangat abad ini, google. Google trending berikut hanyalah berdasarkan carian di laman web google Malaysia. MH 370 mendapat carian yang tertinggi di google Malaysia pada tahun 2014. Manakala Karpal Singh, orang yang paling banyak di cari di enjin carian google sepanjang tahun 2014. Sumber – Google Trends.

Trending

Searches (Carian)
1.       MH370
2.       World Cup 2014
3.       MH17
4.       Astro Awani
5.       Perodua Axia

People (Orang)
1.       Karpal Singh
2.       Robin Williams
3.       Jennifer Lawrence
4.       Felixia Yeap
5.       Hanez Suraya

Mobile Searches (Carian Mudah Alih)
1.       World Cup 2014
2.       MH370
3.       MH17
4.       iPhone 6
5.       Dorothy Hodgkin

Car Models (Model Kereta)
1.       Perodua Axia
2.       Proton Iriz
3.       Honda City
4.       Honda Jazz
5.       Proton Zaara

Malaysian Celebs (Selebriti Malaysia)
1.       Felixia Yeap
2.       Hanez Suraya
3.       Keith Foo
4.       Sharifah Aini
5.       Erra Fazira

Malaysian Movies (Filem Malaysia)
1.       The Journey
2.       Abang Long Fadil
3.       Balistik
4.       Pengantin Malam
5.       Kami Histeria

Movies (Filem)
1.       Annabelle
2.       Frozen
3.       Interstellar
4.       Maleficent
5.       Godzilla

News Sites (Laman Berita)
1.       Malaysiakini
2.       Berita Harian
3.       Kosmo
4.       Sinar Harian
5.       Harian Metro

Online Shopping Sites (Laman Membeli-belah)
1.       Lazada
2.       Mudah
3.       Lelong
4.       Groupon
5.       Zalora

Sports Personalities (Personaliti Sukan)
1.       Michael Schumacher
2.       Juan Mata
3.       James Rodriguez
4.       Luis Suarez
5.       Angel Di Maria

TV Series (Siri TV)
1.       Rindu Awak 200%
2.       Ariana Rose
3.       Projek Memikat Suami
4.       使徒 行者 (Line Walker)
5.       Temptation of Wife


World Cup Matches (Lwn Piala Dunia)
1.       Brazil vs Germany
2.       Germany vs Argentina
3.       Brazil vs Colombia
4.       Brazil vs Chile
5.       Argentina vs Belgium