Monday, February 4, 2013

4 Februari 2013

Hari ni first day kerja. Nothing much. Just orientation day today. Intro to the company. Ouh.wait! I am working now?? Macam tak percaya ja.

Monday, December 31, 2012

Family Outing : Langkawi 2012

Assalammualaikum..

Apa habaq suma?

Hari ni saya nak bercerita pasai kami sekeluarga di Pulau Langkawi. Memang! Kalau bab-bab berjalan or makan memang laju ja aku nak menaip untuk buat blog post baru.

Pergi tanpa dirancang. Actually percutian pi Pulau Langkawi tak dirancang pon. Tiba-tiba je makcik2 aku ajak aku g bercuti kat langkawi. Mulanya aku taknak ikut sbb plan nya hari Khamis n Jumaat katanya. Lepaih tu sebab keciankan aku n adik aku yang nak balik sini Jumaat petang, depa pon tukaq plan pi Langkawi Sabtu and Ahad. Percutian ke Langkawi ni agak singkat la. Meh sini aku nak cerita.

Ok. Kami sampai kat jeti Kuala Perlis jam 10 pagi. Masa nak carik parking Masha-Allah manusia ramainya oi. Rasa macam takmau turun kereta nak balik ja. Nak ambik tiket feri punya la panjang oi. Orang siap baring.duduk.berdiri dah atas lantai. Macam-macam gaya dah. Serius menyesal pi time cuti sekolah. Las yer aku ada pi jugak Langkawi bulan Nov 2011 tapi syok betoi, Takdak orang! Langkawi ni kena pi time budak2 sekolah baru la syok. Dengan panaihnya, dengan bau peluh orang! Pergh, tak tahan habaq hang. Actually percutian ni mak ayah aku tak ikut( a bit sad :'( ..but what to do,mereka kerja). Kami pi total of 11 orang... 2 budak kecik 1 baby, yang lain dewasa la.kategori dewasa dah aih yg 13 tahun 14 tahun tu,jangan dok perasam kecik sangat noo.. Haha!

Dah parking kereta...seret beg pi kat feri...duduk gelandangan..
Aku cakap aku tak sanggup nak beratoq panjang nak beli tiket dengan orang ramai camtu. Las2 makcik aku n adik aku pi beratoq. Dah letih berdiri kami pon pi la dok kat dalam sementara nak tgu tiket feri kan. Aku agak memang kami dapat feri pukul 2 petang ni. Mak aih. Besok dah nak balik. Mcm mn ni...

Aku pon pi la menuju kat makcik aku kat kaunter tiket. Tak dapat lagi tiket! Panjang lagi oi!

Tiba2, sorang makcik approach. Tanya kakak kat belakang, dik nak beli tiket tak. Akak ada 20 tiket ni nak juai.. Aku dengan pantasnya kak, saya nak beli 9 tiket. "dik, ada tiket dewasa ja dik" "OK Kak saya amek."  "Dik, feri kul 11.30 pagi ya "  "Ya Allah, Alhamdulillah, dapat tiket awai" Aku pon teruih panggil mak cik aku,ambik no tepon makcik tadi. Kami pon berlepaih dgn cepat kul 11.30 pagi. (Naseb bek tak kena tipu) Sbb masa naik feri, tiket takdak, duit pon tak bayaq. Makcik tu kata pas turun feri baru bayaq. Alhamdulillah Ya Allah. Kau telah permudahkan urusan kami. Kalau tak jenuh nak menunggu feri jam 2 petang.

Las2...lepaih dah lena dalam feri (letih habaq hang,peluh tak terkata,haha) sejam kami sampai di Langkawi!!!

YAHHOOOOO!! Langkawi, i am here again. Dalam kepala hotak nak beli ceklat je,taknak beli benda lain.

Sampai2, kami ambik kreta sewa. Satu dapat toyoto corolla auto (pakcik ak bwak), lagi satu viva je(manual)--aku yang bwk ni.

Lepaih tu, syukur lagi. Dapat homestay cantik pulak tu. Baru lagiii!

Homestay ni kat Jalan Kedawang, Langkawi. Cantek la homestay ni. Terbaek. Baru, 3 bilik, bersih, tv+astro, toilet 2, katil besaq, bersih, puas hati, layanan mesra. Homestay ni pasangan suami isteri yang usahakan. Comel je pasangan laki bini ni. tapi memang puas hati la. Tak ingat la nama homestay ni apa...haii.no tepon dia dengan makcik aku? Nak??

Dah masuk homestay tu, semua mcm xnak g jenjalan sbb suma penat. Nak dok rest. Tapi petang tu pi la jugak jenjalan. Tak pi mana pun kat langkawi ni. Sbb taktau nak pi mana. (konon, dah selalu pi la sbb tu sampai taktau nak pi mana). Haha. Fisrt day, kami pi Makam Mahsuri. Dah lewat petang pon..boleh la..

Makam mahsuri ni dah jadi cantek la.. Dah upgrade. Tapi aku lebih tertarik dengan kehijauan sawah padi di sepanjang jalan nak sampai makam mahsuri. Ya Allah, cantek sgt!!! Tak terkata!

Jom tengok gambaq la pulak. Banyak pulak aku berleter(berletiaq-bhs penang) kan....hehe

Makam Mahsuri.. Gambar wan aisyah.


Muka 'excited' ?? hahaa





Ni la feri yang kami naik. Nampak tak manusia yang tgah beratoq tpanjang nak nek feri tu.. Dah lah dengan panasnya, kami pulak paling belakang. Tapi takpa kami dapat tiket awai. kecian ngan makcikmakcik pakcikpakcik yang tengah beratoq kat luaq nek feri kul 2 pm nt. Huhu. Feri tu nama dia MV LADA TIGA. Boleh memuatkan sehingga 250 orang penumpang,harga tiket RM 36 pergi dan balik. (Two way)

let the pictures talk yaww









on the speed boat to kilim geoforest park.siyes takut nek boat ni!! laju gila.silap ari bulan jatuh dlm sungai tu ..huhu.takott!









that's all for today...malas dah..:)


Friday, October 5, 2012

Oct the 5th

when u became this closed with me, please...
Don't break my heart. 
If u don't want me now, please stop now,cause i'm in love with you again.
please say it to me u want to stop all this.
Please!!

Kalau kau untukku, memang kau jodoh untukku, akan ku tunggu.
Harap Yang Maha Esa beri petunjuk kepada kita. Amin!
Tapi aku tak sempurna untukmu.

Bersabarlah wahai hati.
Orang yang bersabar itu besar ganjarannya. Amin!

Tapi pada masa yang sama, aku takut!
Takut kehilangan mu.
Di saat kita telah rapat begini, di saat kita berjauhan kita masih rapat, bisakah aku melupakanmu.
Aku tak sanggup kehilanganmu.

Hati oh hati!

Thursday, September 27, 2012

27 september 2012

Just when i think i am finally over you, your name pops up on my phone

Sunday, September 23, 2012

Jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang

salam, lama gila saya tak update blog ni..rindu pulak nak hapdate...tiba2 nak hapdate pasai makanan kat Pulau Pinang ni. Sapa-sapa yang nak mai Pulau Pinang, mai saya nak bgtau tmpat2 yang best nak makan...ni antara yang saya rasa best. Masing-masing ada citarasa sendiri, so maybe tak sama ngan citarasa saya. Apa pun, tempat yang saya nak rekomen ni mmg antara yang terbaik. Lokasi-lokasi kedai makan ni terletak di sebelah pulau, bukannya di seberang perai. Yang kat seberang perai saya tak berapa tau sangat. Mungkin satu hari nanti saya boleh hapdate pasai jalan-jalan cari makan kat seberang perai pulak. Ok, jom jalan-jalan cari makan ngan saya.

Kalau dah mai penang ni,konpem2 la kena try makanan mamak kan...woo..jom2...

1. saya rekomenkan kita pi RESTORAN KAPITAN. sebelum saya teruskan, meh sini ceq nak bgtau lokasi dia. restoran kapitan hanya ada dua di bahagian Pulau Pinang ini. Restoran ini terletak di Lebuh Chulia (orang penang kata Chulia Street)...ha kat sini ada byk kedai emas..hehe. Lagi satu terletak di hadapan Queensbay Mall.

Makanan yang saya nak rekomenkan dan yang biasa saya makan : 

Nasi Briyani La Choppera (kambing/ayam/daging) --- mmg terbaikkk!!! nasi beriyani ni kalo makan dgn yogurt (kat sini panggil 'tairu') lagi sodapp! terangkat!! harga estimate -- RM 10.00 dan ke atas..

Roti Nan bersama dengan Chicken Tandoori. (ada set dia--pilih saja mana mau)--harga estimate RM 8.50 ++ satu set





amacam?? terliurr tak tgok gmbaq ni. jom pi makan hari ni jugakk!

2. Yang ke2nya saya nak rekomenkan kita pi makan NASI KANDAQ BERATOQ . Lokasi sebelah Masjid Kapitan Keling. Waktu buka -- 10.00 malam hingga ke 5.00 pagi(kalau tak silap,waktu tutup kul 5, tp depends on kuantiti nasi jugak.)

*gambaq takdak la...sbb kalo nak pi makan mesti dah lapaq kan. tak teringat nak ambik gambaq.hehe.

Nasi kandaq ni mmg sedap. takdak review lebih2..hehe.yang pasti sdapp!menjilat jari!

3. yang ke3 nak nasi kandar (org penang pronounce nasik kandaq!) jugak boleh?? lokasi NASI KANDAQ KAMPUNG MELAYU dekat KAMPUNG MELAYU,AIR ITAM... ini serius mmg terbaik! dah lama ni.since saya kecik lagi ni(sekolah rendah kot) skrg, saya dah habis blaja di universiti. kira lama la jugak kan!

4. Skrg nak rekomen tomyam pulak, yang best saja... yang biasa saya pi makan la... NURUL IKAN BAKAR dan IDRUS IKAN BAKAR. Lokasi kedua-dua kedai ni sebelah menyebelah ja.. terletak di Marine Bayan Lepas. kalau turun dri penang bridge menghala ke bayan lepas,kedai2 tomyam ni kat sebelah kiri kita. depan apartment polis marin. Ada la sederet jugak kedai tomyam kat situ. tapi yang terbaik dua ni lah. NURUL ni design kedai dia mmg cun, kita pilih nak dok pondok, duduk kerusi,duduk sila..ikut ja.pilih suka ati. SANTAI!

5. Burger pulak BURGER BAKAR la syok.
 Lokasi Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Jalan Perak. 

FB depa ni HERO BURGER BAKAR..


6. Burger lagi. Ni burger generasi baru. ROCKSTARZ BURGER. Mmg terbaik. Keluaran generasi terkini.. Nanti saya review pasai burger ni.. mmg terbaik, lagi2 dari segi design , this is the best new generation street burger ever. Harga berpatutan. After you rock your mouth dengan rockstarz burger ni, no more Mcdonalds no more KFC.



ni antara burger2 yang ada , nak maklumat lanjut, pi usha fb depa ni kayhh!

lokasi : sungai dua,berhadapan koperasi tunas muda

7. OOPsss (oppa gangnam style.hehe..) saya terlupa makan pagi lah.. 

Meh sini makcik-makcik pakcik-pakcik tak payah dok pi jauh-jauh. kat sini suma ada.
Cakap ja apa yang makcik ngan pakcik nak semua ada.
Bak kata pakcik iklan astro tu.. MACAM-MACAM ADA
Nasi lemak,char koay teow, mee hailam, serabai(paling femes kat penang ni), sandwich tuna,sardin,daging(ni spesel ni), chapati, roti jala, bihun goreng, kuih muih, nasi lemuni, nasi tomato, roti canai,mihun sup,nasi berlauk, koay teow sup. Apa yang takdak? SUMA ADA KAT SINI OI! Segala tok nenek ada kat sini oi...TERBAEKKK!!(versi TOK ABAH BOBOI BOY).. mmg kat sini suma ada. tak payah susah-susah dah oi.

Lokasi : Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor. (bersebelahan pasar pagi Taman Tun Sardon..tudia aih pasar pagi pon ada,hebat kan,lepas makan pagi borong kat pasar  pulak nak masak makanan tengahari) muahahaha

8. Makanan tengahari

kita pi area BATU FERINGGHI la..lokasi kedai makan ni berhadapan dengan MASJIB TERAPUNG PULAU PINANG yang kat batu feringghi tu. 

wow! sini memang terbaekk! Byk lauk, byk ulam! Makanan melayu best! Alang-alang lepas makan tu, boleh la kakak-kakak, cik abang, pi jalan-jalan kat Batu Feringghi, bak kata org tua2 sambil menyelam minum ayaq(air). 

9. Ada lagi satu, kalau tak mau pi jauh sgt, ni area Jalan Perak ja. Depan bangunan JKP Pulau Pinang.(Sungai Pinang)..

Nama kedai  : MAMA NASI MELAYU
Lokasi : berhadapan bangunan JKP Pulau Pinang

terbaek..sedapppp! harga berpatutan(tapi ambik yang patut-patu ja la noo)..hahahaha

Dekat lokasi sama jugak, makanan pagi ada juga.. teringin THOSAI, PURI?? mai sini mai cheq mai oi...sedap punya ni. tak tipu! tapi pagi saja la ceq oi..

Terakhir sekali, saya bagi tempat yang saya mention kat ataih ni suma tempat yang senang dilocate dalam GPS. Insyaallah semua kedai makan yang saya recommend ni mmg sedap. Alang-alang mai Pulau Pinang ni, mai makan sekali kat kedai makan yang tersenarai kat atas. Sayangnya kalau kita jenjalan di Penang, tak merasa makanan-makanan ni. Oleh sebab tu, saya membuat inisiatif ini untuk kenalkan kedai-kedai makan yang senang 'dilocate' dalam GPS untuk kemudahan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang nak mai bercuti kat sini.

 Apa-apa nak tanya saya, boleh la komen kat bawah ni

Ada kesempatan dan ada masa, bolehlah saya membalas komen anda.

sekiranya bahasa saya tak menepati piawaian pembaca-pembaca sekalian,maafkan saya kerana saya menggunakan banyak bahasa asli Penang (sekiranya tidak menyenangkan,maafkan saya). Di samping saya juga mempromote bahasa kami, makanan kami, saya juga ingin mempromote negeri kelahiran saya, Pulau Pinang. Saya juga ada membuat post tentang tempat-tempat menarik di Pulau Pinang . Klik disini.


Akhir kata, akhir sekali.rajin-rajin lah lawat saya di sini.hehe.folo saya, saya akan folo awak balik. Jgn lupa klik nuffnang tuh, xnak klik pon xpe lah!hahahha...

TERIMA KASIH AWAK YANG CUN DAN KACAK YANG SEDANG MMBCA POS INI!