Monday, December 31, 2012

Family Outing : Langkawi 2012

Assalammualaikum..

Apa habaq suma?

Hari ni saya nak bercerita pasai kami sekeluarga di Pulau Langkawi. Memang! Kalau bab-bab berjalan or makan memang laju ja aku nak menaip untuk buat blog post baru.

Pergi tanpa dirancang. Actually percutian pi Pulau Langkawi tak dirancang pon. Tiba-tiba je makcik2 aku ajak aku g bercuti kat langkawi. Mulanya aku taknak ikut sbb plan nya hari Khamis n Jumaat katanya. Lepaih tu sebab keciankan aku n adik aku yang nak balik sini Jumaat petang, depa pon tukaq plan pi Langkawi Sabtu and Ahad. Percutian ke Langkawi ni agak singkat la. Meh sini aku nak cerita.

Ok. Kami sampai kat jeti Kuala Perlis jam 10 pagi. Masa nak carik parking Masha-Allah manusia ramainya oi. Rasa macam takmau turun kereta nak balik ja. Nak ambik tiket feri punya la panjang oi. Orang siap baring.duduk.berdiri dah atas lantai. Macam-macam gaya dah. Serius menyesal pi time cuti sekolah. Las yer aku ada pi jugak Langkawi bulan Nov 2011 tapi syok betoi, Takdak orang! Langkawi ni kena pi time budak2 sekolah baru la syok. Dengan panaihnya, dengan bau peluh orang! Pergh, tak tahan habaq hang. Actually percutian ni mak ayah aku tak ikut( a bit sad :'( ..but what to do,mereka kerja). Kami pi total of 11 orang... 2 budak kecik 1 baby, yang lain dewasa la.kategori dewasa dah aih yg 13 tahun 14 tahun tu,jangan dok perasam kecik sangat noo.. Haha!

Dah parking kereta...seret beg pi kat feri...duduk gelandangan..
Aku cakap aku tak sanggup nak beratoq panjang nak beli tiket dengan orang ramai camtu. Las2 makcik aku n adik aku pi beratoq. Dah letih berdiri kami pon pi la dok kat dalam sementara nak tgu tiket feri kan. Aku agak memang kami dapat feri pukul 2 petang ni. Mak aih. Besok dah nak balik. Mcm mn ni...

Aku pon pi la menuju kat makcik aku kat kaunter tiket. Tak dapat lagi tiket! Panjang lagi oi!

Tiba2, sorang makcik approach. Tanya kakak kat belakang, dik nak beli tiket tak. Akak ada 20 tiket ni nak juai.. Aku dengan pantasnya kak, saya nak beli 9 tiket. "dik, ada tiket dewasa ja dik" "OK Kak saya amek."  "Dik, feri kul 11.30 pagi ya "  "Ya Allah, Alhamdulillah, dapat tiket awai" Aku pon teruih panggil mak cik aku,ambik no tepon makcik tadi. Kami pon berlepaih dgn cepat kul 11.30 pagi. (Naseb bek tak kena tipu) Sbb masa naik feri, tiket takdak, duit pon tak bayaq. Makcik tu kata pas turun feri baru bayaq. Alhamdulillah Ya Allah. Kau telah permudahkan urusan kami. Kalau tak jenuh nak menunggu feri jam 2 petang.

Las2...lepaih dah lena dalam feri (letih habaq hang,peluh tak terkata,haha) sejam kami sampai di Langkawi!!!

YAHHOOOOO!! Langkawi, i am here again. Dalam kepala hotak nak beli ceklat je,taknak beli benda lain.

Sampai2, kami ambik kreta sewa. Satu dapat toyoto corolla auto (pakcik ak bwak), lagi satu viva je(manual)--aku yang bwk ni.

Lepaih tu, syukur lagi. Dapat homestay cantik pulak tu. Baru lagiii!

Homestay ni kat Jalan Kedawang, Langkawi. Cantek la homestay ni. Terbaek. Baru, 3 bilik, bersih, tv+astro, toilet 2, katil besaq, bersih, puas hati, layanan mesra. Homestay ni pasangan suami isteri yang usahakan. Comel je pasangan laki bini ni. tapi memang puas hati la. Tak ingat la nama homestay ni apa...haii.no tepon dia dengan makcik aku? Nak??

Dah masuk homestay tu, semua mcm xnak g jenjalan sbb suma penat. Nak dok rest. Tapi petang tu pi la jugak jenjalan. Tak pi mana pun kat langkawi ni. Sbb taktau nak pi mana. (konon, dah selalu pi la sbb tu sampai taktau nak pi mana). Haha. Fisrt day, kami pi Makam Mahsuri. Dah lewat petang pon..boleh la..

Makam mahsuri ni dah jadi cantek la.. Dah upgrade. Tapi aku lebih tertarik dengan kehijauan sawah padi di sepanjang jalan nak sampai makam mahsuri. Ya Allah, cantek sgt!!! Tak terkata!

Jom tengok gambaq la pulak. Banyak pulak aku berleter(berletiaq-bhs penang) kan....hehe

Makam Mahsuri.. Gambar wan aisyah.


Muka 'excited' ?? hahaa





Ni la feri yang kami naik. Nampak tak manusia yang tgah beratoq tpanjang nak nek feri tu.. Dah lah dengan panasnya, kami pulak paling belakang. Tapi takpa kami dapat tiket awai. kecian ngan makcikmakcik pakcikpakcik yang tengah beratoq kat luaq nek feri kul 2 pm nt. Huhu. Feri tu nama dia MV LADA TIGA. Boleh memuatkan sehingga 250 orang penumpang,harga tiket RM 36 pergi dan balik. (Two way)

let the pictures talk yaww









on the speed boat to kilim geoforest park.siyes takut nek boat ni!! laju gila.silap ari bulan jatuh dlm sungai tu ..huhu.takott!









that's all for today...malas dah..:)