Monday, December 31, 2012

Family Outing : Langkawi 2012

Assalammualaikum..

Apa habaq suma?

Hari ni saya nak bercerita pasai kami sekeluarga di Pulau Langkawi. Memang! Kalau bab-bab berjalan or makan memang laju ja aku nak menaip untuk buat blog post baru.

Pergi tanpa dirancang. Actually percutian pi Pulau Langkawi tak dirancang pon. Tiba-tiba je makcik2 aku ajak aku g bercuti kat langkawi. Mulanya aku taknak ikut sbb plan nya hari Khamis n Jumaat katanya. Lepaih tu sebab keciankan aku n adik aku yang nak balik sini Jumaat petang, depa pon tukaq plan pi Langkawi Sabtu and Ahad. Percutian ke Langkawi ni agak singkat la. Meh sini aku nak cerita.

Ok. Kami sampai kat jeti Kuala Perlis jam 10 pagi. Masa nak carik parking Masha-Allah manusia ramainya oi. Rasa macam takmau turun kereta nak balik ja. Nak ambik tiket feri punya la panjang oi. Orang siap baring.duduk.berdiri dah atas lantai. Macam-macam gaya dah. Serius menyesal pi time cuti sekolah. Las yer aku ada pi jugak Langkawi bulan Nov 2011 tapi syok betoi, Takdak orang! Langkawi ni kena pi time budak2 sekolah baru la syok. Dengan panaihnya, dengan bau peluh orang! Pergh, tak tahan habaq hang. Actually percutian ni mak ayah aku tak ikut( a bit sad :'( ..but what to do,mereka kerja). Kami pi total of 11 orang... 2 budak kecik 1 baby, yang lain dewasa la.kategori dewasa dah aih yg 13 tahun 14 tahun tu,jangan dok perasam kecik sangat noo.. Haha!

Dah parking kereta...seret beg pi kat feri...duduk gelandangan..
Aku cakap aku tak sanggup nak beratoq panjang nak beli tiket dengan orang ramai camtu. Las2 makcik aku n adik aku pi beratoq. Dah letih berdiri kami pon pi la dok kat dalam sementara nak tgu tiket feri kan. Aku agak memang kami dapat feri pukul 2 petang ni. Mak aih. Besok dah nak balik. Mcm mn ni...

Aku pon pi la menuju kat makcik aku kat kaunter tiket. Tak dapat lagi tiket! Panjang lagi oi!

Tiba2, sorang makcik approach. Tanya kakak kat belakang, dik nak beli tiket tak. Akak ada 20 tiket ni nak juai.. Aku dengan pantasnya kak, saya nak beli 9 tiket. "dik, ada tiket dewasa ja dik" "OK Kak saya amek."  "Dik, feri kul 11.30 pagi ya "  "Ya Allah, Alhamdulillah, dapat tiket awai" Aku pon teruih panggil mak cik aku,ambik no tepon makcik tadi. Kami pon berlepaih dgn cepat kul 11.30 pagi. (Naseb bek tak kena tipu) Sbb masa naik feri, tiket takdak, duit pon tak bayaq. Makcik tu kata pas turun feri baru bayaq. Alhamdulillah Ya Allah. Kau telah permudahkan urusan kami. Kalau tak jenuh nak menunggu feri jam 2 petang.

Las2...lepaih dah lena dalam feri (letih habaq hang,peluh tak terkata,haha) sejam kami sampai di Langkawi!!!

YAHHOOOOO!! Langkawi, i am here again. Dalam kepala hotak nak beli ceklat je,taknak beli benda lain.

Sampai2, kami ambik kreta sewa. Satu dapat toyoto corolla auto (pakcik ak bwak), lagi satu viva je(manual)--aku yang bwk ni.

Lepaih tu, syukur lagi. Dapat homestay cantik pulak tu. Baru lagiii!

Homestay ni kat Jalan Kedawang, Langkawi. Cantek la homestay ni. Terbaek. Baru, 3 bilik, bersih, tv+astro, toilet 2, katil besaq, bersih, puas hati, layanan mesra. Homestay ni pasangan suami isteri yang usahakan. Comel je pasangan laki bini ni. tapi memang puas hati la. Tak ingat la nama homestay ni apa...haii.no tepon dia dengan makcik aku? Nak??

Dah masuk homestay tu, semua mcm xnak g jenjalan sbb suma penat. Nak dok rest. Tapi petang tu pi la jugak jenjalan. Tak pi mana pun kat langkawi ni. Sbb taktau nak pi mana. (konon, dah selalu pi la sbb tu sampai taktau nak pi mana). Haha. Fisrt day, kami pi Makam Mahsuri. Dah lewat petang pon..boleh la..

Makam mahsuri ni dah jadi cantek la.. Dah upgrade. Tapi aku lebih tertarik dengan kehijauan sawah padi di sepanjang jalan nak sampai makam mahsuri. Ya Allah, cantek sgt!!! Tak terkata!

Jom tengok gambaq la pulak. Banyak pulak aku berleter(berletiaq-bhs penang) kan....hehe

Makam Mahsuri.. Gambar wan aisyah.


Muka 'excited' ?? hahaa





Ni la feri yang kami naik. Nampak tak manusia yang tgah beratoq tpanjang nak nek feri tu.. Dah lah dengan panasnya, kami pulak paling belakang. Tapi takpa kami dapat tiket awai. kecian ngan makcikmakcik pakcikpakcik yang tengah beratoq kat luaq nek feri kul 2 pm nt. Huhu. Feri tu nama dia MV LADA TIGA. Boleh memuatkan sehingga 250 orang penumpang,harga tiket RM 36 pergi dan balik. (Two way)

let the pictures talk yaww









on the speed boat to kilim geoforest park.siyes takut nek boat ni!! laju gila.silap ari bulan jatuh dlm sungai tu ..huhu.takott!









that's all for today...malas dah..:)


Friday, October 5, 2012

Oct the 5th

when u became this closed with me, please...
Don't break my heart. 
If u don't want me now, please stop now,cause i'm in love with you again.
please say it to me u want to stop all this.
Please!!

Kalau kau untukku, memang kau jodoh untukku, akan ku tunggu.
Harap Yang Maha Esa beri petunjuk kepada kita. Amin!
Tapi aku tak sempurna untukmu.

Bersabarlah wahai hati.
Orang yang bersabar itu besar ganjarannya. Amin!

Tapi pada masa yang sama, aku takut!
Takut kehilangan mu.
Di saat kita telah rapat begini, di saat kita berjauhan kita masih rapat, bisakah aku melupakanmu.
Aku tak sanggup kehilanganmu.

Hati oh hati!

Thursday, September 27, 2012

27 september 2012

Just when i think i am finally over you, your name pops up on my phone

Sunday, September 23, 2012

Jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang

salam, lama gila saya tak update blog ni..rindu pulak nak hapdate...tiba2 nak hapdate pasai makanan kat Pulau Pinang ni. Sapa-sapa yang nak mai Pulau Pinang, mai saya nak bgtau tmpat2 yang best nak makan...ni antara yang saya rasa best. Masing-masing ada citarasa sendiri, so maybe tak sama ngan citarasa saya. Apa pun, tempat yang saya nak rekomen ni mmg antara yang terbaik. Lokasi-lokasi kedai makan ni terletak di sebelah pulau, bukannya di seberang perai. Yang kat seberang perai saya tak berapa tau sangat. Mungkin satu hari nanti saya boleh hapdate pasai jalan-jalan cari makan kat seberang perai pulak. Ok, jom jalan-jalan cari makan ngan saya.

Kalau dah mai penang ni,konpem2 la kena try makanan mamak kan...woo..jom2...

1. saya rekomenkan kita pi RESTORAN KAPITAN. sebelum saya teruskan, meh sini ceq nak bgtau lokasi dia. restoran kapitan hanya ada dua di bahagian Pulau Pinang ini. Restoran ini terletak di Lebuh Chulia (orang penang kata Chulia Street)...ha kat sini ada byk kedai emas..hehe. Lagi satu terletak di hadapan Queensbay Mall.

Makanan yang saya nak rekomenkan dan yang biasa saya makan : 

Nasi Briyani La Choppera (kambing/ayam/daging) --- mmg terbaikkk!!! nasi beriyani ni kalo makan dgn yogurt (kat sini panggil 'tairu') lagi sodapp! terangkat!! harga estimate -- RM 10.00 dan ke atas..

Roti Nan bersama dengan Chicken Tandoori. (ada set dia--pilih saja mana mau)--harga estimate RM 8.50 ++ satu set





amacam?? terliurr tak tgok gmbaq ni. jom pi makan hari ni jugakk!

2. Yang ke2nya saya nak rekomenkan kita pi makan NASI KANDAQ BERATOQ . Lokasi sebelah Masjid Kapitan Keling. Waktu buka -- 10.00 malam hingga ke 5.00 pagi(kalau tak silap,waktu tutup kul 5, tp depends on kuantiti nasi jugak.)

*gambaq takdak la...sbb kalo nak pi makan mesti dah lapaq kan. tak teringat nak ambik gambaq.hehe.

Nasi kandaq ni mmg sedap. takdak review lebih2..hehe.yang pasti sdapp!menjilat jari!

3. yang ke3 nak nasi kandar (org penang pronounce nasik kandaq!) jugak boleh?? lokasi NASI KANDAQ KAMPUNG MELAYU dekat KAMPUNG MELAYU,AIR ITAM... ini serius mmg terbaik! dah lama ni.since saya kecik lagi ni(sekolah rendah kot) skrg, saya dah habis blaja di universiti. kira lama la jugak kan!

4. Skrg nak rekomen tomyam pulak, yang best saja... yang biasa saya pi makan la... NURUL IKAN BAKAR dan IDRUS IKAN BAKAR. Lokasi kedua-dua kedai ni sebelah menyebelah ja.. terletak di Marine Bayan Lepas. kalau turun dri penang bridge menghala ke bayan lepas,kedai2 tomyam ni kat sebelah kiri kita. depan apartment polis marin. Ada la sederet jugak kedai tomyam kat situ. tapi yang terbaik dua ni lah. NURUL ni design kedai dia mmg cun, kita pilih nak dok pondok, duduk kerusi,duduk sila..ikut ja.pilih suka ati. SANTAI!

5. Burger pulak BURGER BAKAR la syok.
 Lokasi Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Jalan Perak. 

FB depa ni HERO BURGER BAKAR..


6. Burger lagi. Ni burger generasi baru. ROCKSTARZ BURGER. Mmg terbaik. Keluaran generasi terkini.. Nanti saya review pasai burger ni.. mmg terbaik, lagi2 dari segi design , this is the best new generation street burger ever. Harga berpatutan. After you rock your mouth dengan rockstarz burger ni, no more Mcdonalds no more KFC.



ni antara burger2 yang ada , nak maklumat lanjut, pi usha fb depa ni kayhh!

lokasi : sungai dua,berhadapan koperasi tunas muda

7. OOPsss (oppa gangnam style.hehe..) saya terlupa makan pagi lah.. 

Meh sini makcik-makcik pakcik-pakcik tak payah dok pi jauh-jauh. kat sini suma ada.
Cakap ja apa yang makcik ngan pakcik nak semua ada.
Bak kata pakcik iklan astro tu.. MACAM-MACAM ADA
Nasi lemak,char koay teow, mee hailam, serabai(paling femes kat penang ni), sandwich tuna,sardin,daging(ni spesel ni), chapati, roti jala, bihun goreng, kuih muih, nasi lemuni, nasi tomato, roti canai,mihun sup,nasi berlauk, koay teow sup. Apa yang takdak? SUMA ADA KAT SINI OI! Segala tok nenek ada kat sini oi...TERBAEKKK!!(versi TOK ABAH BOBOI BOY).. mmg kat sini suma ada. tak payah susah-susah dah oi.

Lokasi : Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor. (bersebelahan pasar pagi Taman Tun Sardon..tudia aih pasar pagi pon ada,hebat kan,lepas makan pagi borong kat pasar  pulak nak masak makanan tengahari) muahahaha

8. Makanan tengahari

kita pi area BATU FERINGGHI la..lokasi kedai makan ni berhadapan dengan MASJIB TERAPUNG PULAU PINANG yang kat batu feringghi tu. 

wow! sini memang terbaekk! Byk lauk, byk ulam! Makanan melayu best! Alang-alang lepas makan tu, boleh la kakak-kakak, cik abang, pi jalan-jalan kat Batu Feringghi, bak kata org tua2 sambil menyelam minum ayaq(air). 

9. Ada lagi satu, kalau tak mau pi jauh sgt, ni area Jalan Perak ja. Depan bangunan JKP Pulau Pinang.(Sungai Pinang)..

Nama kedai  : MAMA NASI MELAYU
Lokasi : berhadapan bangunan JKP Pulau Pinang

terbaek..sedapppp! harga berpatutan(tapi ambik yang patut-patu ja la noo)..hahahaha

Dekat lokasi sama jugak, makanan pagi ada juga.. teringin THOSAI, PURI?? mai sini mai cheq mai oi...sedap punya ni. tak tipu! tapi pagi saja la ceq oi..

Terakhir sekali, saya bagi tempat yang saya mention kat ataih ni suma tempat yang senang dilocate dalam GPS. Insyaallah semua kedai makan yang saya recommend ni mmg sedap. Alang-alang mai Pulau Pinang ni, mai makan sekali kat kedai makan yang tersenarai kat atas. Sayangnya kalau kita jenjalan di Penang, tak merasa makanan-makanan ni. Oleh sebab tu, saya membuat inisiatif ini untuk kenalkan kedai-kedai makan yang senang 'dilocate' dalam GPS untuk kemudahan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang nak mai bercuti kat sini.

 Apa-apa nak tanya saya, boleh la komen kat bawah ni

Ada kesempatan dan ada masa, bolehlah saya membalas komen anda.

sekiranya bahasa saya tak menepati piawaian pembaca-pembaca sekalian,maafkan saya kerana saya menggunakan banyak bahasa asli Penang (sekiranya tidak menyenangkan,maafkan saya). Di samping saya juga mempromote bahasa kami, makanan kami, saya juga ingin mempromote negeri kelahiran saya, Pulau Pinang. Saya juga ada membuat post tentang tempat-tempat menarik di Pulau Pinang . Klik disini.


Akhir kata, akhir sekali.rajin-rajin lah lawat saya di sini.hehe.folo saya, saya akan folo awak balik. Jgn lupa klik nuffnang tuh, xnak klik pon xpe lah!hahahha...

TERIMA KASIH AWAK YANG CUN DAN KACAK YANG SEDANG MMBCA POS INI!

Thursday, April 19, 2012

Tutorial Untuk Remove FB Timeline

Suka timeline facebook? Tak suka? Aku tak suka facebook timeline. Agak serabut, and tak leh nak stalk org...kahkahkah.org pun x leh stalk fb aku (bajet ade lah org nak stalk aku?...heh heh heh)..

Oleh sebab facebook timeline tak berapa best, menyemak, jom buat twitter. Twitter lagi bes lah! tak serabot sangat pun! Jom ah tukar ge twitter. Nak buat twitter tu kejap je! Jom follow aku kat sini @azfarinaanuar . Twitter much better than facebook okeh!

Ok lah..jom lah cakap macam mana nak atasi masalah facebook timeline ni.

1. Pergi sini www.timelineremove.com

2. Select Browser Pilihan Anda.

3. Klik continue.

4. Klik add.
5. Siap!!

6. Make sure tanda tick pada timelineremove tab tu


DAH SIAP. SEKARANG BOLEH VIEW SEMUA PROFILE FB TANPA TIMELINE KECUALI PAGES.. KALAU RASA-RASA NAK GUNA FB TIMELINE KLIK BALIK KAT TIMELINE REMOVE TAB TU. KLIK CROSS. SO TAKDE PROBLEM TIMELINE DAH. YEAY!

P/S: paham x?haha



Saturday, April 7, 2012

cn blue - hey you


t-ara ft davichi - we were in love




u ri sa rang het ja na 

je bal nal u li ji ma

o jik ne gen 
no ha na pu nya
nu nul ga ma do bo yo 
gwi rul ma ga do du lyo
je bal 
nal to na ga ji ma



o du wot don 

ne sar me 
bi chi dwe o jun sa ram 
no mu na 
so jung han sa ram
ha ru ji na go
to ji na do 
do gu ri wo jo 
i no rel 
ha nun ji gum do



u ri sa rang het ja na 

je bal nal u li ji ma
o jik ne gen 
no ha na pu nya
nu nul ga ma do bo yo 
gwi rul ma ga do du lyo
je bal 
nal to na ga ji ma



do ra ol got ga ta so 

da shi ol ji mo la so 
o nul do 
no rul gi da ryo
no nun mo ru ji 
non mo ru ji 
a pa ha nun nal 
i no rel
ha nun ji gum do



u ri sa rang het ja na 

je bal nal u li ji ma
o jik ne gen 
no ha na pu nya
nu nul ga ma do bo yo 
gwi rul ma ga do du lyo
je bal 
nal to na ga ji ma



se sang gwa 

no dul jung e 
tek ha ra myon ha na
ne jon bul pe a sa do 
no ra myon nan jo wa
na ji na ba mi na
sa rang e nan 
mong ma run ja
nol i jen it ja 
i ron na ye gat ja 
nun da ji mi 
to da shi na rul 
u lyo du lyo
no e ge ba ra nun gon 
o jik no ya
no ob shin a mu got do 
hal su om nun na ya
i no rel du ru myon 
je bal no 
do ra wa do ra wa



sa rang ha myon 

hal su rok 
jom jom ya wi 
o man ga
o jik ne gen 
no ha na pu nya
u ri sa rang het ja na 
jebal nal u li ji ma
nal du go to na ga ji ma



Yeah uh uh 

gyol guk non do ra so
na nun to ma ga so
ja jon shim da bo ri go 
mi chin chok nol ta ra so
ga su mi dwe ryo 
na rul da gu chi go 
mal he so
se sang e 
ha na pu nin 
nol il chi nun ma le so
nan un tto un nun chok 
gu nyang mol jong han chok
no e ge bu ru nun 
ma ji mak na ye i no rejebal nal to na ga j ima

Sunday, April 1, 2012

KAWAN SEJATI!


Saturday, March 31, 2012

jika dia...


Tuesday, March 20, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan | Tash Matash

Kali ni entri post pasal jalan-jalan cari makan. Takkan la bercuti aje, mestilah nak makan jugak kan. Hmm...patutlah badan pun dah macam nangka (cakap kat diri sendiri), asyik makan jer..haha. Kali ni jalan-jalan cari makan kitorang dekat kedai arab. Try selera arab pulak la kan...ngee. Pergh, gua cakap kalau sensorg makan mmg x best, kena pergi ramai-ramai baru sentap sikit. Kitorang ni baru beginner,(1st time makan makanan arab kat kedai arab), memang tak reti sangat la. Ah...dah makan, kitorang dah pro r. Meh tanya kitorg nak makan ape kat kedai arab ni..hehe.Mentang-mentang dah pro, kahkahkah,pro ker? Just a beginner lah! Harga kat Tash Matash ni memang berpatutan.Tak mahal sangat, tak murah sangat. Average.

Tash Matash terletak kat Bukit Beruang, Melaka bersebelahan kolej komuniti Bukit Beruang. Makanan memang sedap, sebab tak pernah rasa makanan Arab cmne kan. Rasa memang taste best utk citarasa orang Malaysia. Jom tengok apa yang kitorang makan kat Tash Matash ni. Tash Matash ni pun ada buat delivery jugak! Ada Pizza, Kebab, Nasi, Appetizer,fatayer,Western food pun ade, minuman Arab and banyak lagi makanan Arab.

this food is called Manageesh Chicken and Cheese. RM6.00.cukup untuk 3-5 orang ladies!
Rasa sedap, tapi ada rasa herba-herba.

This food is Chicken Kebab BBQ. SANGAT SEDAPP! tak tipu! RM 12.00.
ayam tu rasa cm sate bakar. Roti dia bg asing,ikut kreativiti masing2 mcam mn nak balut kebab itu atau mcam mana nak makan kebab itu..

This is what we eat. Ni baru 2 daripada 3 makanan. roti tu comes with kebab bbq chicken. Sedap for a 1st timer arabian food eaters!hahaha

This is BBQ sheesh tawok kebab . RM 12.00. Ni pon sedap jugak but i prefer BBQ Chicken Kebab more!

This is what we call the beauty of coffee. Arabian Coffee, RM3.00. gelas dia sangat comell! Best, Sedap and Manis!

Arabian Mint Tea. RM1.00 . Hey, kalau dah dekat kedai arab, haruslah try air arab kann! Rasa macam minum teh yang dicampur bersama chewing gum!

Roti Kebab comes with the BBQ Kebab Set.!

Totally, overall makan ni sedap. Ada banyak lagi yang we'olls perlu try! I love that BBQ Chicken Kebab! Sangat sedap! Puas hati, makanan sedap, servis cepat, harga berpatutan! Kepada orang Melaka, jom try. Next time pergi, nak try makanan lain pulak! Nak update pasal makanan lain pulak.KEKEKEKE.

Wednesday, March 14, 2012

Movie Review | Dr Seuss The Lorax

Kepada sesiapa yang takde benda nak buat time cuti sekolah ni, and kepada mak-mak and bapak-bapak sila la bawak anak korang tengok cerita DR SEUSS THE LORAX ni. Penuh pengajaran dan sangat sesuai untuk seisi keluarga. sesuai jugak untuk kanak-kanak bwk 6 tahun.Hehe. Kalau tengok 3D lagi best, kalau yang tak biasa tengok filem 3D ni lah masa terbaik nak tgok 3D. Sebaiknya, wayang 3D ni lebih best, lebih cantik, lebih enak 3D nye kalau tengok cerita kartun macam cerita DR SEUSS THE LORAX ni.Cerita ni buatan director yang penah buat cerita DESPICABLE ME. tak tengok lagi? Download despicable me sekarang dan tengok. SANGAT COMEL!!!

Website movie LORAX : THE LORAX MOVIE
Movie Lorax ini dilakonkan oleh Zac Efron and Taylor Swift.


Rating : 4 stars

Sinopsis : Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak ni minat seorang awek ni. Awek tu dia nak pokok.(pelik kan permintaan dia..tapi tgu dulu!)...diorg hidup kat thneedville di mana kat situ takde pokok hidup.Semuanya pokok plastik. Mana diorg dpat udara? Di thneedville, diorang beli udara. Semuanya plastik.Plastik semata-mata. Oleh sebab nak memenuhi hasrat hati awek ni, budak laki ni sanggup pergi luar bandar untuk dpatkan pokok betul sehinggalh dia bertemu once-ler. Di sini,takde pokok tapi dapat cerita tentang macam mana seorang (ONCE-LER) yang tamakkan duit, tamakkan impian dunia serta nak memenuhi impian sehingga hilang semua benda hidup. Oleh sebab nak memenuhi impian diri sendiri, berlakunya pencemaran udara dan pencemaran air. Akhirnya, Once-Ler menyesal seumur hidup. Nak tengok apa jadi, jom kita tengok wayang 3D. Dalam cerita ni kita dapat pengajaran macam mana nak selamatkan dunia kita daripada pencemaran yang semakin berleluasa. Cerita ini sangat comel ok!Penuh pengajaran.

GO GREEN. SAVE THE WORLD!! ITS GOOD FOR THE KIDS!






Sunday, March 11, 2012

5 aktres korea tercantik



1. Song Hye Gyo

Siri TV POpular : FULL HOUSE
2. Han Ga In


3. Lee Da Hae


4. Son Ye Jin


5. Kim Tae Hee




Monday, February 27, 2012

I-city Shah Alam | Here we come

ok..here we come. We are in I-city, Shah Alam. Apa yang ada di I-city? Lampu yang cantik!! Tapi aku tak berkesempatan nak tgok because of rain. But before that, we went to ice house in I-city. Feeling kat korea jap.. its like in ANTARTICA youu...sejuk nak mampus. Kaki aku kebas-kebas dek ais and sebab tak pakai kasut bertutup, hanya pakai sandals. Homagad! Sejuk nak mampus tau tak! Macam -10 degrees jah! 1 degrees maybe. Tapi cantek lah dalam ni. Tapi baju sejuk dia BUSUK!!!!! Family package-- MYR 80 (2 adults and 2 children). Bapak aku tak masuk. Dalam dia cantek. Ada ukiran ais! Ada gelongsor (feeling antartica sokmo!!) hehe....SEJUK GILA!! Terketar-ketar aku. Aku ada amik gambar, pergh camera aku pon beku deh!!




 ORANG IGLOOO





 TERBALIKKAN LAPTOP NAK TGOK GAMBAR NI.HEHE




SEMPAT BERGAMBAR NI JE.SEBELUM HUJAN TURUN DENGAN LEBATNYA...

http://www.emailcashpro.com